28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 20, 2020

Hindraf boleh buka ruang BN tawan Selangor..​.?

AGENDADAILY – Barisan Nasional (BN) Selangor hanya mampu mempertahankan 20 daripada 56 kerusi Dean Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke 12 yang menyebabkan negeri itu jatuh ke tangan pembangkang.
Pelbagai usaha sedang dilakukan komponen BN khususnya UMNO bagi merampas semula negeri itu dari kerajaan PKR Selangor.

Persoalannya, mampu BN berbuat demikian atau Selangor kekal lagi dikuasai pembangkang.

Ramai menjangkakan, jika menangpun, BN tidak memperolehi majoriti dua pertiga sebaliknya hanya berkelebihan satu atau dua kerusi sahaja.

Dengan 20 kerusi sekarang, BN perlu menambah sekurang-kurangnya 10 kerusi lagi untuk memerintah semula Selangor.

Angka itu dilihat amat besar dan sukar untuk dicapai jika BN tidak bersungguh-sungguh memenangi hati pengundi Cina dan India di beberapa kawasan bandar yang kini dikuasai pembangkang.

PKR,DAP dan PAS pasti mahu mengukuhkan cengkaman dan tidak mahu membenarkan sebarang kerusi terlepas walaupun dua yang dimiliki sebelum ini DUN Pelabuhan Klang dan Gombak Setia sudah bertukar kepada Bebas.

Bagaimanapun, dengan pengumuman Barisan Bertindak Hindu (Hindraf) pada Ahad akan bertanding di tiga kerusi Parlimen dan empat kerusi DUN di Selangor pada pilihan raya ke 13 dijangka memberi ruang kepada BN memperolehi 10 kerusi diharapkan.

Pemimpin Hindraf, P.Uthayakumar berkata calon-calonnya akan bertanding di Parlimen Kota Raja dan DUN Seri Andalas.

Selain dua kawasan itu, Hindraf merancang untuk meletakkan calon di kerusi Parlimen Kuala Selangor dan Kelana Jaya dan kerusi DUN Ijok, Bukit Melawati dan Seri Setia, katanya kepada pemberita di Klang Ahad.

Uthayakumar berkata Hindraf memilih bertanding di Kota Raja dan Seri Andalas kerana kedua-dua kawasan itu dapat tumpuan lebih masyarakat India.

Beliau berkata Hindraf tiada pilihan tetapi terpaksa bertanding sebagai calon bebas kerana sehingga sekarang tiada berita tentang pengagihan kerusi daripada Pakatan Rakyat untuk Hindraf.

“Kami tiada alternatif, kami mahu bekerjasama dengan Pakatan Rakyat tetapi tiada apa-apa setakat ini,” katanya.

BN perlu bijak mengatasi pertembungan pembangkang dengan Hindraf dengan meletakkan calon yang boleh mencapai kemenangan berdasarkan ‘calon boleh menang’ serta perpecahan undi sekiranya berlaku pertembungan BN, pembangkang dan Hindraf.

Paling menarik di DUN Ijok yang kini diwakili Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dengan pengumuman Hindraf bertanding di situ, peluang BN menang juga cerah.

Apapun, ini juga mungkin gertakan awal Hindraf yang rasa dipinggirkan Pakatan Rakyat dalam pengagihan kerusi untuk PRU ke 13.

Namun, BN harus bersedia menawan sekurang-kurangnya 30 kerusi atau lebih jika tidak mahu negeri maju itu kekal ditangan pembangkang.

Isu utama yang perlu difikirkan rakyat adalah soal bekalan air yang dipolitikkan serta janji-janji pembangkang yang tidak ditunaikan. -20/5/2012- OLEH ROSLAN BIAN






Berita Berkaitan

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap...

Malaysia Mahathir punya – Najib Razak

Pagi ini, Tun Mahathir kritik UMNO sebab kita mahu timbangkan semula kerjasama kita dengan...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan