Hospital AS dalam tekanan ekoran kes meningkat - pakdin.my

WASHINGTON: Hospital di seluruh Amerika Syarikat (AS) sekali lagi berdepan dengan tekanan, sehingga memaksa langkah baharu diambil ekoran kenaikan kes yang tinggi, selepas beberapa minggu berdepan dengan situasi COVID-19 yang sama.

Pada semalam sahaja, COVID Tracking Projek berkata, seramai 65,368 pesakit dibawa ke hospital di seluruh negara itu, rekod dua hari berturut-turut dan sudah dua kali melepasi jumlah 60,000.

Pentadbir di seluruh negara juga sedang berusaha untuk melakukan pelbagai tindakan menyekat penularan itu.

Di New York, Gabenor Andrew Cuomo mengumumkan setiap pemegang lesen arak, termasuk bar dan restoran perlu menutup premis mereka pada jam 10 malam bermula, Jumaat ini. Arahan itu termasuklah kepada gimnasium.

Di bandar sempadan El Paso, barat Texas menunjukkan peningkatan kes mencecah satu juta dengan 1,000 pesakit dimasukkan ke hospital di bandar itu sahaja.

“Ini masa yang gelap dan perkataan yang paling sesuai ialah keletihan. Begitu juga kekecewaan,” kata Ogechika Alozie, ketua pegawai perubatan di Pusat Perubatan Del Sol kepada CNN.

Peningkatan kes di Texas memaksa Gobernor Greg Abbott memohon bantuan ketenteraan di pusat perubatan untuk membantu pesakit bukan COVID-19, supaya ruang merawat diperluas.

Pegawai kerajaan juga terpaksa meminta bilik mayat tambahan untuk mengawal situasi itu.

UTAMADUNIAHospital AS dalam tekanan ekoran kes meningkat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium