Hospital Jemaah Haji Di Mekah & Madinah - pakdin.my

Hospital Jemaah Haji Di Mekah & Madinah

Operasi hospital atau pusat rawatan jemaah haji di Mekah dan Madinah beroperasi secara rasmi hari ini.

Semua operasi perubatan mesti mendapat kelulusan pihak berkuasa Arab Saudi.

Kerajaan Arab Saudi memberi penekanan kepada peralatan yang digunakan serta menentukan jabatan farmasi menggunakan ubat yang belum habis tempoh.

Menurut Timbalan Ketua Rombongan Haji Perubatan, Dr. Hj Haji Mohd Faid Rashid, semua 20 ambulan yang digunakan juga diperiksa secara terperinci.

Dr. Faid berkata tahun ini, bahagian perubatan menghantar 248 petugas termasuk 40 doktor, 61 orang jururawat dan 52 penolong pegawai perubatan.

Di Mekah, bahagian perubatan menyediakan 3 pusat rawatan iaitu di Aziziah, Shisha dan Janadriah, dengan kemudahan 221 katil.

Satu lagi pusat rawatan dibuka di Aludeen, Madinah dengan 74 katil.

Kata Dr. Faid setakat ini kebanyakan kes yang dikesan ialah jangkitan paru-paru yang mendorong kepada masalah pernafasan dan pnuemonia.

Setakat ini, terdapat 5 kes di Aziziah, 10 kes di Shisha dan 8 lagi di Aludeen.

Setiap pusat rawatan di Mekah dan Madinah menyediakan perkhidmatan makmal, x-ray, farmasi, fisio, ambulan, sajian makanan, petugas komputer, pembimbing ibadah dan pegawai perhubungan awam.

 

UTAMABERITAHospital Jemaah Haji Di Mekah & Madinah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium