Huawei Malaysia ulangi ikrar jadikan negara sebagai hab digital ASEAN - pakdin.my

Huawei Malaysia mengulangi ikrarnya untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik dan bekerja keras bagi menerajui usaha membantu menjadikan negara sebagai Hab  Digital ASEAN.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Michael Yuan berkata komitmen Huawei kepada Malaysia – untuk memanfaatkan kekuatan teknologi bagi mencapai yang belum terjangkau dan meningkatkan kehidupan dengan membawa digital kepada setiap orang, rumah dan organisasi bagi mewujudkan dunia yang lebih pintar dan terhubung sepenuhnya – kekal tidak berubah.

“Untuk tujuan itu, kami berharap dapat terus memainkan peranan sebagai rakan kongsi yang boleh diharap dan dipercayai untuk seiring dalam usaha negara menempuh transformasi digital.

“Marilah kita melangkah ke hadapan dan bersama-sama membangunkan Malaysia yang makmur, progresif dan inklusif secara digital,” katanya dalam satu kenyataan sempena Hari Kebangsaan ke-64, hari ini.

Yuan berkata sejak meraih kemerdekaan 64 tahun lalu, Malaysia telah mencapai banyak kejayaan dan melakar kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

Beliau berkata walaupun banyak cabaran yang dihadapi negara sejak enam dekad lalu, termasuk usaha berterusan memerangi COVID-19, Malaysia telah berjaya membina asas industri dan pembuatan yang kompetitif di rantau ini.

Malaysia, katanya antara negara yang mempunyai penduduk berpendidikan terbaik di Asia dan menduduki tempat ke-12 dalam Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2020, serta tangga ke-27 dalam daya saing global yang dikeluarkan International Institute for Management Development.

Yuan berkata sebagai sebuah negara moden dalam abad ke-21, Malaysia telah berkembang dengan pesat dan berjaya menempatkan diri sebagai pemimpin digital yang disegani, dengan Ekonomi Digital yang sangat meyakinkan selain muncul sebagai pemacu baharu utama dalam pembangunan ekonomi.

“Namun, dalam situasi kemajuan teknologi mempercepatkan kemunculan dunia pintar, kita harus sedar bahawa jurang digital masih wujud,” katanya.

Beliau menambah kunci utama mengatasi jurang digital adalah melalui kolaborasi awam-swasta dengan sektor kerajaan dan swasta bekerjasama memastikan kemasukan digital dengan tidak ada sesiapa harus ketinggalan.

UTAMAGAYA HIDUPHuawei Malaysia ulangi ikrar jadikan negara sebagai hab digital ASEAN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium