32.4 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2020

Hujan Lebat Akibatkan Kesesakan Teruk Di Lembah Klang

banjir-kilat-kuala-lumpur-1 banjir-kilat-kuala-lumpur-2 banjir-kilat-kuala-lumpur-3

Ribut petir disertai hujan lebat yang turun lebih kurang satu jam bermula pada pukul 4 petang Khamis menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang.

Jalan berhampiran Tugu Negara menghala ke Padang Merbok menghala ke Bank Negara tidak dapat dilalui ekoran ditenggelami banjir.

Banjir kilat turut dilaporkan berlaku di Jalan Cheras dihadapan Leisure Mall dari arah Kuala Lumpur ke Kajang, Taman Wahyu dan bulatan Sungai Besi ke TUDM.

Di NKVE, satu kemalangan berlaku di KM.20 arah Bukit Lanjan ke Kota Damansara di laluan kecemasan menyebabkan trafik bergerak sangat perlahan.

Di laman twitter, Chee Yih Yang, melaporkan kawasan pembinaan MRT bertentangan dengan Phileo Damansara di Seksyen 16, Petaling Jaya telah menyebabkan banjir lumpur di laluan jalan menghala ke Kuala Lumpur.

Dia berkata pokok tumbang di laluan kiri LDP sebelum KDU berhampiran Damansara Jaya menyebabkan kesesakan bagi pengguna yang mahu ke Kepong.


Menurut tweet Lembaga Lebuhraya Malaysia pada pukul 6.05 petang, trafik di LDP secara keseluruhannya bergerak perlahan di kedua-dua arah.

Satu lagi tweet pada pukul 6.15 petang, LLM berkata semua lebuh raya BESRAYA, NPE, SILK dibuka selepas insiden banjir kilat yang berlaku sebelum ini.

Bagaimanapun keadaan trafik dilaporkan masih bergerak perlahan.

Pada pukul 6.33 petang, satu lagi tweet LLM melaporkan, trafik di lebuh raya ELITE dari Shah Alam/NKVE menghala ke USJ dan dari Putrajaya ke USJ juga bergerak perlahan.

PLUS pula melaporkan trafik bergerak perlahan dari tol Subang menghala ke Glomac dan dari Putrajaya menghala ke Putra Heights.

PLUS berkata keadaan trafik turut bergerak perlahan dari Jalan Duta ke Bukit Lanjan dan Subang ke Bukit Lanjan.

Berita Berkaitan

BNM ada ruang turunkan lagi kadar faedah

Bank Negara Malaysia (BNM) masih mempunyai ruang untuk sekali lagi menurunkan kadar dasar semalaman...

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Siapa di belakang portal MalaysiaNow

Nama seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Malaysia Insight memang sudah dikenali. Sekarang timbul nama baru, MalaysiaNow....

Komen

..

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh. Perlu adil kepada Tun...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan