Statistik Corona

Malaysia
2,097,830
Confirmed
Updated on September 20, 2021 06:57 6:57 am
Malaysia
1,863,919
Recovered
Updated on September 20, 2021 06:57 6:57 am
Malaysia
210,468
Active
Updated on September 20, 2021 06:57 6:57 am
Malaysia
23,443
Deaths
Updated on September 20, 2021 06:57 6:57 am

Malaysia

Malaysia
2,097,830
Confirmed
Updated on September 20, 2021 06:57 6:57 am
Malaysia
1,863,919
Recovered
Updated on September 20, 2021 06:57 6:57 am
Malaysia
23,443
Deaths
Updated on September 20, 2021 06:57 6:57 am

Indonesia

Indonesia
4,190,763
Confirmed
Updated on September 20, 2021 06:57 6:57 am
Indonesia
3,989,326
Recovered
Updated on September 20, 2021 06:57 6:57 am
Indonesia
140,468
Deaths
Updated on September 20, 2021 06:57 6:57 am

Thailand

Thailand
1,489,186
Confirmed
Updated on September 20, 2021 06:57 6:57 am
Thailand
1,341,144
Recovered
Updated on September 20, 2021 06:57 6:57 am
Thailand
15,469
Deaths
Updated on September 20, 2021 06:57 6:57 am

Global

All countries
229,296,423
Confirmed
Updated on September 20, 2021 06:57 6:57 am
All countries
204,212,809
Recovered
Updated on September 20, 2021 06:57 6:57 am
All countries
4,705,552
Deaths
Updated on September 20, 2021 06:57 6:57 am

Ibu Rentung Dalam Kebakaran, Empat Beradik Yatim Menjelang Syawal

 Mohd Nasir Mat Salleh, 30, kelihatan sugul melihat rumah kakaknya yang musnah dalam kebakaran di Taman Puchong Indah Puchong di sini hari ini. Kebakaran kira-kira 2.30 pagi tadi, dipercayai berpunca daripada ubat nyamuk lingkaran yang diletakkan berhampiran tilam menyebabkan Norriza Mat Salleh, 36, terkorban.
Mohd Nasir Mat Salleh, 30, kelihatan sugul melihat rumah kakaknya yang musnah dalam kebakaran di Taman Puchong Indah Puchong di sini hari ini.
Kebakaran kira-kira 2.30 pagi tadi, dipercayai berpunca daripada ubat nyamuk lingkaran yang diletakkan berhampiran tilam menyebabkan Norriza Mat Salleh, 36, terkorban.

Kehadiran Syawal tahun ini pastinya tidak akan dilupakan empat beradik yang kini terpaksa menyambut hari raya tanpa kehadiran insan tersayang selepas ibu mereka terkorban dalam kebakaran di rumah mereka awal pagi Sabtu.

Norriza Mat Salleh, 36, kerani di sebuah syarikat swasta rentung dalam kebakaran di rumahnya di Jalan 3/8, Taman Puchong Indah, Puchong di sini selepas terperangkap dalam bilik tidurnya berikutan asap tebal dan api yang marak.

Bagaimanapun, suaminya, Azahar Samsudin, 40, serta dua anak lelaki dan dua perempuan, yang berusia antara empat dan 13 tahun terselamat dalam kejadian pada pukul 2.30 pagi itu kerana kesemua mereka berada di ruang tamu tingkat bawah rumah.

Usaha untuk menemubual suami dan anak-anaknya di bilik mayat hospital Serdang gagal kerana mereka enggan ditemuramah disebabkan masih trauma.

Adik lelaki Norriza, Nasir Mat Salleh, 30, berkata apa yang menimpa kakaknya amat mengejutkan dan masih sukar untuk diterima.

“Raya kali ini, kami memang cadang hendak sambut di rumah ibu, tetapi tidak sangka arwah meninggalkan kami,” katanya yang bekerja sebagai anggota tentera di Taiping, Perak.

Menceritakan insiden itu kepada Bernama, jiran mangsa, Rokiah Kot, 44, berkata beliau menyedari kebakaran itu selepas mendengar kekecohan di luar rumahnya.

“Saya terkejut melihat Iza (nama panggilan mangsa) terperangkap dalam kebakaran. Iza sempat memanggil saya “Kak Rokiah tolong la! panas ni”, sampai sekarang saya masih ingat,” katanya yang ditemui di tempat kejadian.

Bagaimanapun beliau berkata usaha untuk menyelamatkan Norriza tidak dapat diteruskan kerana api semakin marak.

Rokiah berkata dalam tempoh seminggu sebelum kejadian, Norriza sering memintanya membelikan bubur sumsum di bazar Ramadan.

“Selama 14 tahun saya kenal arwah, ini pertama kali dia minta saya belikan bubur itu. Saya memang belikan tetapi langsung tidak terdetik itu akan menjadi permintaan terakhirnya.

“Arwah siap SMS saya ‘terima kasih akak, sedap tau bubur itu’,” katanya sambil menunjukkan SMS Norriza.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dan Seksyen 7 Puchong, melibatkan 14 anggota, terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata siasatan awal mendapati punca kebakaran dipercayai disebabkan litar pintas.

Berkaitan