IKD nafi terbit buku Kahwin Campur - pakdin.my

SHAH ALAM – “Kita tidak terlibat dalam penerbitan buku ini.” Itu reaksi Pengarah Institut Kajian Dasar (IKD), Khalid Jaafar apabila diminta mengulas mengenai dakwaan berkenaan dengan buku Kahwin Campur yang dikaitkan dengan organisasi itu.

Pihaknya menafikan sekeras-kerasnya mengenai penerbitan buku ini yang katanya tidak ada kena-mengena secara langsung atau tidak langsung dan pihaknya juga tidak tahu mengenai penerbitan buku ini yang dikaitkan dengan IKD.

 Khalid menambah, pihaknya akan sentiasa menyokong dan menggalakkan semua jenis buku yang diterbitkan di Malaysia.

“Masyarakat Malaysia kini sudah semakin terbuka dari segi pemikirannya dan kita sendiri perlu menilai dari segala sudut dan aspek secara kritis mengenai segala idea yang diketengahkan melalui pembacaan,” kata beliau lagi.

“Melalui dunia yang tanpa sempadan ini, masyarakat kini semakin mudah untuk mendapatkan segala maklumat di hujung jari saja (internet) dan maklumat ini merangkumi segala aspek kehidupan kita seperti sejarah, bidang sosial sains dan sebagainya.

“Masyarakat kita seharusnya boleh menerima kehadiran segala jenis bentuk bahan bacaan yang diterbitkan pada masa kini kerana dengan membaca masyarakat di Malaysia dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan”, katanya kepada Sinar Harian Online.

Buku Kahwin Campur yang diterbitkan dan diedarkan secara percuma oleh Middle Eastern Study Group didakwa menghalalkan hubungan seksual sejenis dan juga membenarkan wanita Islam berkahwin dengan lelaki bukan Islam yang mirip kepada fahaman pluralisme dan liberalisme dikesan disebar meluas di negara ini.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin sebelum ini mendedahkan mengenai perkara itu.

Katanya penerbitan buku ini didakwa ditaja ditaja yayasan Jerman, Konrad Adenauer Foundation atau sekarang lebih dikenali sebagai Konrad Adenauer Stiftung (KAS) yang menurut Zulkifli, yayasan berkenaan terlibat membantu penajaan IKD.

Oleh yang demikian kerajaan digesa agar mengharamkan buku Kahwin Campur.

UTAMABERITAIKD nafi terbit buku Kahwin Campur

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium