Jaringan Prihatin 2021: Ini senarai peranti yang ditawarkan Celcom - pakdin.my

Jaringan Prihatin adalah salah satu pakej stimulus yang diperkenalkan dalam Bajet 2021 yang lalu. Pakej tersebut memperuntukkan RM3.5 billion yang boleh digunakan oleh rakyat yang layak untuk mendapatkan telefon ataupun pakej telco bagi memudahkan mereka menerima akses Internet dan seterusnya melicinkan perjalanan PDPR.

Tarikh akhir pendaftaran Jaringan Prihatin telahpun dilanjutkan kepada 31 Ogos 2021.

Baca Penawaran Celcom

Baca penawaran Digi

Baca penawaran Maxis

Baca Penawaran U Mobile

Buat anda yang masih berkira-kira untuk dapatkan gajet daripada telco mana, ini adalah rangkuman penawaran gajet daripada Celcom.

  • Nokia C2
  • Samsung Galaxy A02
  • Realme C11 2021
  • Oppo A15
  • Xiaomi Redmi 9T
  • Oppo A54
  • Vivo Y20 2021
  • Vivo Y15
  • Oppo A15

Didapati yang Celcom memiliki barrier of entry yang agak tinggi. 12 daripada 18 tawaran Celcom memerlukan anda membayar pendahuluan melebihi RM200. Memanglah akan ada rebat yang berjumlah sehingga RM360, namun sebahagian besarnya cuma dinikmati 12 bulan pertama daripada 24 bulan kontrak keseluruhan.

Saya pasti yang ini bukanlah yang diingini golongan B40, terikat dengan kontrak terlalu panjang di dalam situasi yang tidak menentu masa ini.

Vivo Y15 paling berbaloi di Celcom

Maka tinggalah mereka dengan pilihan kontrak 12 bulan yang lebih munasabah. Di bawah pilihan tersebut, pilihan agak terhad dengan telefon paling berkuasa ialah Vivo Y15. Padanya anda terima telefon dengan:

  • Paparan 6.23” HD+
  • SoC Helio P12 (12nm)
  • RAM 4GB + storan 64GB
  • Kamera 13MP+8MP (ultralebar)+2MP (depth)+16MP (selfie)
  • Bateri 5,000mAh

 

UTAMAGAYA HIDUPJaringan Prihatin 2021: Ini senarai peranti yang ditawarkan Celcom

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium