Kebakaran Hotel Di Madinah Berpunca Daripada Litar Pintas (video) - pakdin.my

kebakaran-hotel-di-madinah

15 terkorban dalam kebakaran sebuah hotel yang menempatkan jemaah umrah di bandar suci Madinah, Arab Saudi.

Kebakaran yang bermula jam 2.33 petang itu turut menyebabkan 130 lain cedera.

Menurut kenyataan pihak berkuasa Madinah, kebakaran di Hotel Ishraq al-Madinah berlaku ketika kerja-kerja penyelengaraan yang mencetuskan litar pintas.

Lebih seratus anggota pasukan penyelamat yang dikerah ke tempat kejadian mengambil masa lebih dua jam bagi memadam api, sementara hotel berhampiran dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Semua 15 yang meninggal dunia adalah warga Mesir, kebanyakannya akibat sesak nafas.

30 mangsa menerima rawatan akibat terhidu asap tebal.

Ketika insiden, dianggarkan 700 jemaah menghuni di hotel berkenaan.

Punca sebenar kebakaran masih disiasat.

 

UTAMADUNIAKebakaran Hotel Di Madinah Berpunca Daripada Litar Pintas (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium