30 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2020

“Keputusan Telah Dibuat…Tak Perlu Pujuk Rayu Lagi” – Tunku Aziz

Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan sekali-kali mengubah keputusannya dan kembali menyertai parti itu walaupun dipujuk untuk berbuat demikian.

Tegas Tunku Abdul Aziz, sebagai seorang ahli politik yang berprinsip, pendirian beliau untuk meninggalkan DAP dibuat berdasarkan pertimbangan rasional tanpa dipengaruhi emosi.

“Tidak..tidak…tidak, saya tak akan pertimbangkan keputusan yang telah saya buat. Ini keputusan muktamad. Lagipun keputusan ini bukan sesuatu yang mudah dibuat.

“Saya tidak buat keputusan secara terburu-buru. Ini bukan perkara main-main,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Tunku Abdul Aziz berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahu beliau mengubah keputusannya dan kembali bersama DAP.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut menyatakan kesedian menghubungi dan menemui Tunku Abdul Aziz dan berbincang agar beliau mengubah keputusan untuk berundur dari parti itu.

Pada Isnin, dalam satu rancangan televisyen, Tunku Abdul Aziz yang dilantik sebagai naib pengerusi sebaik sahaja menyertai DAP pada Ogos 2008, mengumumkan hasratnya untuk keluar dari parti itu berikutan tiada persefahaman dengan pucuk pimpinannya.

Baru-baru ini beliau menerima kecaman pembangkang termasuk kepimpinan DAP ekoran kenyataan terbukanya membantah perhimpunan Bersih 3.0 yang disokong parti itu pada 28 April lalu.

Malah keputusan DAP tidak menyambung perkhidmatan Tunku Abdul Aziz sebagai Senator dikaitkan dengan kritikannya itu.

Mengulas lanjut mengenai keputusan mengejutnya itu, Tunku Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Lim kerana mengambil berat terhadap keputusannya itu.

“Terima kasih kepada saudara Guan Eng. Tapi keputusan telah dibuat, tidak perlu pujuk atau rayu lagi. Saya kekal dengan keputusan ini iaitu keluar DAP,” katanya sambil menegaskan masih belum menerima sebarang panggilan daripada Lim lagi.

Berhubung peletakan jawatannya, Tunku Abdul Aziz berkata beliau sudah menghantar surat kepada ibu pejabat parti.

“Sebenarnya pada semalam (Isnin) lagi saya sudah hantar surat itu menggunakan perkhidmatan pos ekspres ke Ibu Pejabat DAP. Saya harap hari ini mereka sudah menerimanya,” katanya.

Berita Berkaitan

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Dah jadi macam kartun, bubar saja parlimen kata Tajuddin Rahman

Kemelut politik terbaru yang tercetus rentetan pengumuman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang...

42 ahli Parlimen DAP sokong Anwar PM sekiranya cukup bilangan bentuk kerajaan, kata Guan Eng

DAP hari ini mengesahkan 42 ahli Parlimennya akan memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim, sekiranya...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

UMNO tidak halang wakil rakyat sokong Anwar

UMNO tidak dapat menghalang mana-mana ahli parlimennya yang ingin menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR). Presidennya,...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan