24.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

#SSYBN : Kerajaan Selangor @Khalid_Ibrahim Melindungi Penjenayah Rafizi Ramli

Kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besar, Khalid Ibrahim telahpun secara rasminya bersetuju menanggung bebanan kos guaman Rafizi Ramli yang didakwa mengikut Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA).

Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR merupakan orang yang bertanggungjawab mendedahkan dan memanipulasi data serta butiran akaun perbankan NFC sewaktu kemuncak isu pinjaman RM250 juta tempohari.

Berikutan kehangatan isu tersebut diperkatakan ramai, kesannya telah memaksa Shahrizat Abdul Jalil mengambil keputusan melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Shahrizat bagaimanapun disahkan bersih selepas siasatan terperinci oleh SPRM mendapatinya tidak terbabit dalam sebarang perlanggaran undang-undang atau melakukan amalan rasuah salahguna kuasa berkaitan isu tersebut.

Niat Khalid mungkin baik apabila sanggup menyediakan dana RM500,000.00 demi menghargai ‘jasa’ Rafizi yang berjaya mempropagandakan isu pinjaman tersebut sehingga berjaya mencalar imej Shahrizat Abdul Jalil sebagai pemimpin wanita yang popular.

Namun, dakwaan melanggar akta BAFIA yang dihadapi Rafizi bukannya isu remeh temeh ataupun sengaja diada-adakan untuk mengenakan Rafizi sebagaimana kerap didakwa oleh pembangkang, ia membabitkan soal integriti dan amanah yang perlu dipertahankan oleh institusi perbankan.

Di masa yang sama akta BAFIA juga penting dalam menjaga kepentingan pemegang akaun di dalam sesebuah institusi perbankan terutama sekali untuk memelihara kerahsiaan butiran transaksi mereka daripada dimanipualsi sesuka hati oleh pihak lain.

Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang memiliki BAFIA. Hampir setiap negara memiliki akta sedemikian rupa yang matlamatnya sama – melindungi integriti pihak bank dan memelihara kerahsiaan pelanggan bank.

Gagal mematuhi akta BAFIA sama ada sengaja dilakukan oleh orang dalam mahupun pihak luar, bermakna wujudnya sifat tidak amanah dan kelakuan jenayah juga telah berlaku secara sengaja apabila butiran akaun orang lain sengaja didedahkan untuk kepentingan tertentu.

Lagipun Rafizi bukannya seorang agen yang dilantik oleh pihak berkuasa untuk melakukan siasatan secara sah atau diberi perlepasan undang-undang untuk mendedahkan butiran akaun milik mana-mana individu atau syarikat.

Ringkasnya, apa yang dilakukan oleh Rafizi bukannya satu tindakan terpuji sebaliknya merupakan kelakuan jenayah yang sepatutnya dihalang dan dicegah daripada menjadi ikutan atau amalan orang lain.

Jika jenayah membocorkan kerahsiaan dan butiran transaksi akaun milik orang lain dijadikan amalan rutin disebabkan pembelaan oleh kerajaan Selangor terhadap Rafizi, bukankah buruk kesannya terhadap nama baik institusi perbankan kelak.

Justeru itu, eloklah Khalid Ibrahim berfikir sedalam-dalamnya sebelum meneruskan niatnya untuk melindungi kegiatan penjenayah seperti Rafizi. Wang ratusan ribu ringgit itu sewajarnya diguna pakai untuk kepentingan rakyat dan bukannya dibazirkan untuk membela seorang penjenayah.

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

Potong Elaun Nelayan, Muhyiddin Lupa Dulu Dia Bersama PH? – Salahuddin Ayob

Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kenaikan Elaun Sara Hidup Nelayan dari...

Tidur dalam kereta, tiga sekawan maut keracunan gas

BUTTERWORTH — Tiga wanita maut manakala seorang lagi berada dalam keadaan kritikal akibat mengalami...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan