27 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 21, 2021

Kereta Dihempap Papan Tanda, Tiga Beranak Maut Kemalangan Dekat Tanjung Malim

Bekas Pengarah Pusat Penyelidikan Galian Ipoh maut.

HULU SELANGOR: Dua lelaki dan seorang perempuan yang menaiki sebuah kereta mewah maut dalam kemalangan di Kilometer 399.6 Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara dekat Tanjung Malim, Perak pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.35 pagi itu, mangsa yang juga bekas Pengarah Pusat Penyelidikan Galian Ipoh , Dzulkarnain Kamaruzzaman, 64, bersama isteri, Jamnah Ibrahim, 56, dan anaknya, Nor Juliana, 17, maut di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam, kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu treler melanggar bahagian belakang sebelah kanan sebuah lori sebelum terbabas dan terbalik lantas melanggar tiang papan tanda yang berada di tengah pembahagi jalan.

“Keadaan itu menyebabkan papan tanda yang terletak di Kilometer 399.9 (arah selatan) itu tumbang dan jatuh menghempap kereta jenis Mercedes-Benz yang dinaiki mangsa. Ketika kejadian, mangsa sedang bergerak di lorong tengah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kereta yang dipandu mangsa dari arah selatan dikatakan tidak menyedari kewujudan palang besi itu di atas dan merempuhnya sehingga menyebabkan bumbungnya terputus.

Jenazah tiga beranak itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat.

Berikutan itu, kedua-dua laluan terhalang dan menyebabkan aliran traik sesak sejauh lebih dua kilometer sebelum laluan alternatif dengan dibuka.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.