29.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 20, 2020

Kes Bunuh Pegawai Jaip: Polis Tahan 13 Anggota Tuhan Harun, Rampas Pistol

kpn-tuhan-harun

Polis berjaya merungkai kes pembunuhan ketua penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dengan penangkapan 13 pengikut kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun dan merampas pistol yang dipercayai ada kaitan dengan kes itu.

Tangkapan itu termasuk dua wanita.

Perkara itu diumum oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya @KBAB51 malam ini.

“Syabas kepada Team Cantas BAman (Bukit Aman), berjaya rungkai kes bunuh Penguatkuasa JAIP. Tangkap 13 orang dan pistol dirampas. Angkara Kump (Kumpulan) Tuhan Harun,” katanya.

Ini disusuli dengan kenyataan kedua beliau :”Kejayaan membanggakan oleh STAFOC (Pasukan Petugas Khas mengenai Jenayah Terancang) PDRM. Tahniah sekali lagi. Di antara 13 tangkapan, 2 wanita ahli kumpulan Tuhan Harun”.

Khalid bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk maklumat lanjut mengenai penahanan anggota kumpulan Tuhan Harun itu.

Pada 20 Nov lepas, ketua kumpulan ajaran sesat itu Harun Mat Saat, 47, berjaya diberkas bersama seorang wanita dalam serbuan di sebuah rumah di Tangkak, Muar, Johor.

Lelaki itu dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan Ketua Penguatkuasa Jaip Mohd Raffli Abdul Malik, 49, yang ditembak mati oleh seorang daripada tiga suspek yang datang ke rumahnya di Kuantan, Pahang pada 10 Nov lalu.

Raflie Ab Malik 2

STAFOC merupakan unit elit polis yang bersifat ‘multi tasking’ dalam mengurus dan menangani kes-kes jenayah berat, jenayah bersindiket, gangsterism, perjudian, pelacuran dan pemerdagangan manusia, yang dilancarkan pada 21 Nov lalu dan akan berkuat kuasa sepenuhnya bermula 1 Jan ini.






Berita Berkaitan

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,357PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan