Khairuddin umum keluar PPBM berkuat kuasa serta-merta

Orang kuat Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Khairuddin Abu Hassan malam ini mengumumkan keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkuat kuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan yang diterima, Khairuddin menjelaskan pemergian ini membolehkan beliau tumpu menangani kes-kes mahkamah yang sedang serta akan berlangsung “secara berterusan” selepas ini.

“Pada hakikatnya, saya perlu memberi fokus secara sepenuh masa bagi menghadapi beberapa perbicaraan penting untuk lawan segala bentuk kemungkaran korupsi (Perdana Menteri) Najib Razak dan salahlaku institusi-institusi kerajaan,” jelasnya.

Beliau pernah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) tahun lepas selepas beliau membuat aduan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di beberapa agensi penguatkuasa undang-undang luar negara.

Bagaimanapun Khairuddin akan tetap bersama Sekretariat Deklarasi Rakyat, yang cukup “bermakna dan amat sentimental” buat dirinya.

“Adakalanya di dalam perjuangan kita hanya perlu berbekalkan keikhlasan untuk berjuang. Jawatan tidak penting langsung sekiranya kita ikhlas untuk berjuang,” katanya.

“Mulai saat dan detik ini; setiap orak langkah perjuangan saya adalah atas nama Khairuddin bin Abu Hassan tanpa mewakili mana-mana parti politik buat sementara waktu,” katanya.

Dalam pemergiannya, Khairudin sempat menitip pesan kepada pimpinan dan ahli bekas partinya itu supaya bersatu dan taat kepada Pengerusi Dr Mahathir, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir serta majlis pimpinan PPBM.

“Secara jujur dan ikhlas semua pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli parti Bersatu tidak boleh berpuak-puak dan jangan sama sekali menyerapi budaya serta amalan buruk Umno ke dalam Bersatu.”

20161027-khairuddin-pribumi-cap-bunga

474 KOMEN

  1. Belum berjuang dah kalah… Sekejap masuk kejap keluar… Kalau dah asal dari legasi May Day jangan ngaku ikhlas lah. Zaman May Day dah mula projek, kroni, nepotisme, projek, kroni nepotisme, projek, kroni dan nepotisme. Bermula dari PM Najib tak ada lagi projek, kroni dan nepotisme. Adik PM Najib pun tak dapat manfaat daripada jawatan PM.

  2. Dia baru perasan kot. Motif utama parti nak jatuhkan Najib. Lepas najib jatuh?.. lepas tu mula la tolak tarik tuduh2.. semua nak jadi PM.. tak payah PM lah.. jawatan tertinggi dlm parti pun belum tentu dpt.. sample dh ada. Tgk je PR (PKR, DAP n PAS).. endingnya apa pun takde.. terus bergolak.. tahniah la mat bunga..

  3. Dia baru perasan kot. Motif utama parti nak jatuhkan Najib. Diorg bukannya anti BN sbb separuh daripadanya dari BN.. lahir dan maju bersama BN.. diorg cuma anti n geram dgn Najib.. Mslhnya dulu diorg jugak yg cadang n sokong Najib.. Tun M pun cadangkan Najib.. So lepas Najib jatuh?.. nak apa pulak?.. mula la tolak tarik tuduh2.. semua nak jadi PM.. tak payah PM lah.. jawatan tertinggi dlm parti pun belum tentu dpt.. sample dh ada. Tgk je la PR (PKR, DAP n PAS).. apa yg berlaku.. endingnya PAS jugak terkena.. Islam n Melayu jugak yg terkena.. tahniah la mat bunga.. tahniah jugak sapa yg dh daftar ahli parti rojak bunga ni…

  4. Baru dapat dedak dari seseorang.. dia nak biarkan madey keseorangan melayan orang yg besar kepala yg masih ada dalam pribumi.. muhyiddin tidak boleh berkuasa sepenuhnya kerana akan terus ditentang oleh group khairuddin yg masih tinggal di dalam pribumi seperti ainina dan lain2

  5. Awat pulak,,ni la jdinya klu pejuangan ikut hawa nafsu,tiada matlamat perjuangan dlm dri,,,klu kita ikhlas insyallah Allah swt akn sentiasa bersama ngn kita,,,Tun M ada matlamat dia,yg lain lu pk la sndri mcmna mau terus hidup dlm perjuangan sesebuah parti,,,,umno xpernah mengkhianat ahli2nya,tp ahli yg mengkhianati parti.

  6. Mula2 tak nak joint sebab Muhyiddin Presiden.
    Bulan Seotember masuk sebab nak sokong Mahathir katanya.
    Lepas tu keluar semula.
    Kes mahkamah dua bersama Mathias Chang bukan ke kes yang dianggap sebagai hero. Bukan kes muflis atau jenayah menyamun, merompak atau merogol.