Statistik Corona

Malaysia
2,067,327
Confirmed
Updated on September 18, 2021 05:53 5:53 am
Malaysia
1,823,245
Recovered
Updated on September 18, 2021 05:53 5:53 am
Malaysia
221,339
Active
Updated on September 18, 2021 05:53 5:53 am
Malaysia
22,743
Deaths
Updated on September 18, 2021 05:53 5:53 am

Malaysia

Malaysia
2,067,327
Confirmed
Updated on September 18, 2021 05:53 5:53 am
Malaysia
1,823,245
Recovered
Updated on September 18, 2021 05:53 5:53 am
Malaysia
22,743
Deaths
Updated on September 18, 2021 05:53 5:53 am

Indonesia

Indonesia
4,185,144
Confirmed
Updated on September 18, 2021 05:53 5:53 am
Indonesia
3,976,064
Recovered
Updated on September 18, 2021 05:53 5:53 am
Indonesia
140,138
Deaths
Updated on September 18, 2021 05:53 5:53 am

Thailand

Thailand
1,462,901
Confirmed
Updated on September 18, 2021 05:53 5:53 am
Thailand
1,317,527
Recovered
Updated on September 18, 2021 05:53 5:53 am
Thailand
15,246
Deaths
Updated on September 18, 2021 05:53 5:53 am

Global

All countries
228,421,825
Confirmed
Updated on September 18, 2021 05:53 5:53 am
All countries
203,280,039
Recovered
Updated on September 18, 2021 05:53 5:53 am
All countries
4,692,934
Deaths
Updated on September 18, 2021 05:53 5:53 am

KPDNKK Akan Terus Didik Pengguna Tangani Kos Sara Hidup Tinggi

kpdnkk-didik-pengguna

Walaupun keberkesanannya tidak dapat dilihat dalam tempoh masa terdekat, usaha mendidik pengguna akan terus dilakukan bagi memastikan mereka sentiasa berjimat cermat dalam mengharungi peningkatan kos sara hidup.

Pengarah Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mohd Roslan Mahayudin berkata kerajaan melalui kementerian tersebut lebih mementingkan pendidikan kepada orang ramai berbanding tindakan penguatkuasaan.

“Kami akan terus mendidik dan memberitahu orang ramai tentang cara untuk berjimat cermat termasuk memberikan maklumat lokasi pasar raya atau kedai runcit yang menawarkan harga berpatutan,” katanya kepada Bernama pada taklimat mengenai kos sara hidup di Jabatan Pengarang, Bernama baru-baru ini.

Mohd Roslan berkata pihaknya kini aktif membuat pemantauan di pasar basah, kedai runcit, restoran mahupun medan selera bagi memastikan peniaga tidak menipu pelanggan.

Jabatan itu paling banyak aduan membabitkan lokasi tersebut, katanya.

“Kehadiran kami di pasar dapat menstabilkan keadaan, peniaga juga lebih berjaga-jaga dan tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati,” tegasnya.

Mohd Roslan berkata sempena perayaan Tahun Baharu Cina baru-baru ini, KPDNKK menjalankan 62,797 pemeriksaan yang melibatkan 61, 412 premis runcit dan 1,385 pemborong di seluruh negara di bawah pelaksanaan Skim Kawalan Harga. Daripada jumlah itu, 402 kes tidak meletakkan tanda khas berwarna merah jambu pada barangan harga terkawal seperti dalam Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) 1993.

Jika sabit kesalahan, peniaga yang ingkar boleh didenda sehingga RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya manakala bagi syarikat yang melakukan kesalahan tersebut, boleh didenda sehingga RM100,000.

Pegawai Khas kementerian itu, Zaidel Baharuddin pula berkata kerajaan sentiasa berusaha mengurangkan bebanan orang ramai dengan mewujudkan pelbagai inisiatif, termasuk penambahan 1,000 kedai rakyat 1Malaysia (KR1M), sebagai tambahan kepada 125 sedia ada.

“Dengan bertambahnya populasi berpusat di tengah bandar, lebih banyak kedai KR1M akan dibuat dengan tumpuan di kawasan rumah pangsa,” katanya.

Zaidel berkata keputusan itu dibuat setelah menerima aduan mengenai lokasi kedai itu yang jauh dari kawasan tempat tinggal penduduk.

Katanya KR1M mendapat sambutan yang menggalakkan, dan sekali gus membuktikan dakwaan bahawa barangan yang dijual di kedai berkenaan tidak berkualiti, tidak benar.

“Itu tanggapan masing-masing. Yang penting, harga barangan yang dijual di kedai 1Malaysia berpatutan,” katanya.

Zaidel berkata pembabitan 10 pasar raya ternama dalam program penurunan harga yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan mekanisme persaingan yang hebat, dengan setiap pasar raya berkenaan akan menjual beberapa barangan tertentu pada kadar harga yang sama.

Antara pasar raya terlibat adalah Econsave, Mydin, KK Mart, Aeon, Aeon Big, Tesco, 99 Speedmart, NSK, Segi Fresh Mart dan Giant.

Berkaitan