Krisis MB Selangor: Forum PKR Bincang Pemecatan MB Selangor Kecoh (video) - pakdin.my

forum-pkr-pecat-khalid-kecoh

Forum Parti Keadilan Rakyat,PKR,bagi membincangkan isu pemecatan keahlian Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di ibu negara, malam tadi kecoh.

 

 

Ia setelah soalan kepada ahli panel menimbulkan kemarahan kumpulan yang tidak bersetuju dengan pemecatan dan tuduhan yang dilempar kepada Tan Sri Abdul Khalid.

Forum berlangsung di Dewan Himpunan Cina.

Beberapa individu memaki hamun dan melepaskan kata kata kesat terhadap bekas Penolong Ketua Penerangan Satu Angkatan Muka Keadilan Amk Rozan Azen Mat Rasip.

Rozan sebelum itu menyenaraikan pelbagai dakwaan salah laku Tan Sri Abdul Khalid termasuk kononnya beliau tidak menjaga kebajikan rakyat.

Keadaan semakin tegang apabila beberapa penyokong berdiri dan berlaku cabar mencabar sehingga hampir menimbulkan pergaduhan.

Kejadian menyebabkan forum bertajuk krisis Selangor Khalid Ibrahim belot pakatan? ni terganggu.

Kesemua penyokong menteri besar itu kemudian bertindak mengeluarkan sepanduk sebagai tanda bantahan terhadap pemecatan itu.

UTAMAPOLITIKKrisis MB Selangor: Forum PKR Bincang Pemecatan MB Selangor Kecoh (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium