KRITIK PKR, DAP : ANAK NIK AZIZ PUN KENA HENTAM

Nik Aziz dan Abduh

- Advertisement -

Sindiran dan kritikan ahli parlimen PAS Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz bahawa PKR dan DAP seperti pencuri dan pembuli dikecam Pemuda PAS Kota Baru.

Malah Ketuanya Dr Rosli Abdul Kadir menasihati anak Mursydul Am PAS itu supaya menjaga emosi apabila mengkritik rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR), iaitu PKR dan DAP.

Rosli berkata Nik Abduh selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat sewajarnya bersuara dengan lebih positif, lebih membina dan lebih membawa perpaduan, bukan ke arah membawa perpecahan.

“PAS adalah abang tua kepada PKR dan DAP. Selaku abang tua, pimpinan PAS perlulah lebih bijaksana mengawal emosi.

“Tidak perlulah kita melayan semua kenyataan yang dibuat oleh adik-adik kita, yang perlu dilayan oleh kita hanyalah kenyataan rasmi yang dibuat oleh mereka sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Abduh dalam tulisannya di media sosial Facebook semalam mendakwa PAS kini menjadi mangsa buli PKR dan DAP sehingga dibenci penyokong PR sendiri.

“Hari ini, selain UMNO, PKR dan DAP mula hendak buli PAS.

“Sehinggakan PAS kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tidak tahu hendak sentuh yang mana satu. Semua macam tidak menjadi.” katanya.

Tulisan Nik Abduh itu dipercayai merujuk kepada pergeseran krisis menteri besar Selangor sehingga membawa kepada pemecatan ahli majlis Pulau Pinang daripada PAS minggu lalu.

Rosli berkata, selaku Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat dan ahli Parlimen penggal pertama, Nik Abduh perlu menumpukan perhatian kepada tugasnya.

“Tugasan selaku AJK PAS Pusat ada medan utamanya, iaitu mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Tugasan selaku ahli Parlimen Pasir Mas ada medan utamanya, iaitu sidang Parlimen.

“Prestasi pimpinan dinilai berdasarkan kepada kerja buat mereka, bukan berdasarkan kepada kerja cakap atau kerja tulis mereka,” katanya.

Katanya, tidak guna jika Nik Abduh mengadu dalam media sosial mengenai PAS dibuli PKR dan DAP.

Sebaliknya menegaskan, jika benar ada bukti PKR dan DAP melanggar syarat tahaluf siyasi (kerjasama) yang digariskan, maka Nik Abduh perlu mengemukakannya ke dalam mesyuarat AJK PAS Pusat.

Beliau turut menyifatkan beberapa kritikan Nik Abduh terhadap DAP itu sebagai kurang bijak dan tidak berhemah.

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Salam takziah… Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia

Sahabat yang amat saya kenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal...

Salam takziah… Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia

Sahabat yang amat saya kenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal...

[Video] YouTuber AS hasilkan video khas bidas Al Jazeera

MASIHKAH anda ingat dokumentari terbitan Al Jazeera berjudul "Locked Up in Malaysia's Lockdown" yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini? Terbaharu, saluran YouTube 'Other Side of the...

Anwar Enggan Jawab Kejatuhan PH Angkara Tun M

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menjawab persoalan samada semua kemelut yang dihadapi oleh Pakatan Harapan (PH) adalah angkara bekas Perdana Menteri, Tun...

Buat persiapan sambut pelajar, guru maut terjatuh dari balkoni bangunan sekolah

HASRAT murni seorang guru lelaki yang membuat persiapan sempena pembukaan semula sekolah pada Rabu berakir dengan tragedi apabila dia maut pada Selasa. Menerusi kejadian pada...

Yuran asrama, perkhidmatan universiti dikurangkan hingga 15 peratus

Yuran asrama dan yuran perkhidmatan di universiti awam bagi semester kedua sesi akademik 2019/2020 dikurangkan sehingga 15 peratus, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.