26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Kuil Hindu lebih banyak dari Masjid – Ridhuan Tee

Berikut adalah kenyataan penuh Dr. Ridhuan Tee Abdullah mengenai kuil Hindu yang lebih banyak daripada masjid umat Islam sendiri di negara ini yang disiarkan di Ismaweb pada 17 Oktober lepas.

Ia disiarkan kerana memandangkan isu terkini mengenai Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya semakin hangat namun kita mengharapkan semuanya akan diselesaikan tanpa pertelingkahan termasuk jangan ada pihak seperti ADUN DAP, Ganabatirau a/l Veraman yang mengambil kesempatan memburuk-burukkan orang Islam di negara ini.

Dr. Ridhuan Tee Abdullah:

Berapa banyak lagi kuil Hindu yang diperlukan?

Setakat ini kuil Hindulah yang paling banyak mendominasi meskipun populasi orang India berada pada tangga ketiga, hanya tujuh peratus sahaja, mewakili dua juta daripada keseluruhan 32 juta.

Itupun tidak semua Hindu, hanya 82 peratus. India lain ada yang beragama Islam empat peratus dan Kristian (enam peratus).


Persoalannya, kenapa kuil mendominasi rumah ibarat lain?

Menenggelamkan rumah ibadat agama majoriti, Islam (61 peratus) dan orang Cina Buddha (20 peratus). Ini tidak termasuk agama Kristian dengan gereja mereka.

Pendek kata, setelah dicampur tolak, jumlah keseluruhan rumah ibadat adalah, hanya ada 30,000 untuk orang Islam, hampir 500,000 rumah ibadat bukan Islam. Dengan dijuarai oleh kuil Hindu berjumlah hampir 300,000 kecil dan besar dengan hanya penganutnya tidak sampai dua juta.

Keadilan apakah yang telah diberikan oleh Kerajaan Malaysia? Keadilan yang sangat tidak ada tolok bandingnya.

Batu Caves adalah kawasan tanah pelancongan, tetapi seolah-olah sudah menjadi hak sepenuhnya penganut Hindu. Lebih dahsyat lagi kebanyakan kuil Hindu berada di tanah awam, tanah kerajaan, bukan tanah persendirian.

Lihatlah betapa baiknya Kerajaan Malaysia. Meskipun kuil-kuil berada di tanah kerajaan, yang ‘dikacau’ bagi laluan pembangunan teramat sedikit, selebihnya semua diberikan.

Lebih serius lagi banyak jalan yang lurus menjadi bengkok sehingga membahayakan pengguna. Bangunan yang sepatutnya luas menjadi sempit.

Terkadang, saya menjadi teramat sedih, apakah bentuk tolak ansur yang kita mahukan?


Yang jelas kita terlalu bertolak ansur, sehingga ditolak secara halus dan beransur-ansur. Masih tidak faham?

Tersangat sedih mendengar apabila satu kuil mahu dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan, isu itu menjadi viral dan heboh satu dunia, seolah-olah Malaysia mendiskriminasikan penganut Hindu.

Sedangkan kita sudah beri tersangat lebih dan terlebih mencukupi.

Kenapa bila diambil satu, sudahlah diganti, masih tidak berpuas hati?

Ini tidak lagi termasuk, deretan kuil hampir 10 buah, berskala besar seperti di Sentul dan beberapa tempat yang lain.

Keadilan bentuk apakah yang dimahukan lagi?

Sekarang ini heboh diperkatakan isu Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya yang hendak dirobohkan, bagi laluan pembangunan.


Pernahkah umat Islam bising dan kecoh apabila masjid surau dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan?

Aduhai! Betapa baiknya orang Melayu. Nasib baik aku Cina.

Pembinaan rumah ibadat perlu ada formula. Jika tidak Kerajaan Malaysia baharu akan menjadi haru-biru. Caranya, bina kuil mengikut keperluan, ‘bukan pakai pacak aci dan’.

Ridhuan Tee Abdullah
Pendakwah bebas

https://pakdin.my/tag/kuil-seafield

Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan