28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2020

Kumpulan Pertama 47 Pelajar Malaysia Dari Syria Tiba Di KLIA

Kumpulan pertama seramai 47 pelajar Malaysia yang menuntut di Syria selamat tiba di tanah air Selasa, menerusi usaha kerajaan membawa mereka keluar dari negara bergolak itu.

Mereka tiba dari Dubai di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini kira-kira 3 petang dan disambut anggota keluarga masing-masing.

Menceritakan pengalamannya kepada warga media sejurus ketibaan, Mohd Affifudin Md Tahir, 22, berkata mereka sukar mengeluarkan wang daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) selepas Amerika Syarikat mengenakan sekatan ke atas transaksi pengeluaran wang di negara itu.

“Kami terpaksa meminta bantuan persatuan pelajar atau sesiapa sahaja pelajar yang keluar ke Lubnan atau Jordan untuk mengeluarkan wang daripada ATM.

“Semua pelajar menghadapi masalah untuk mengeluarkan duit. Jadi kami perlu berjimat cermat untuk bayar yuran universiti, sewa rumah dan makanan,” kata pelajar tahun pertama Diploma Bahasa Arab dan Syariah di Maahad Dauli di Damsyik itu.

Katanya keadaan di Damsyik masih stabil, namun mereka perlu akur arahan kerajaan Malaysia agar pulang ke tanah air demi keselamatan mereka.

Sementara itu pelajar Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro Abu Nur di Damsyik, Siti Hanisah Rosli berkata akibat pergolakan itu, harga barang keperluan melambung tinggi manakala yuran kemasukan ke universiti naik sekali ganda.

Beliau yang baru selesai menduduki peperiksaan tahun pertama kini bimbang dengan pengajiannya pada semester depan memandangkan keadaan negara itu yang belum ada kepastian.

Ditanya sama ada beliau berhasrat melanjutkan pengajian di universiti tempatan, pelajar berusia 23 tahun itu berkata perkara tersebut sukar dilakukan kerana jurusan bahasa Arab dan syariah yang diikutinya tidak diiktiraf kerajaan Malaysia.

“Kami juga bersyukur kerana mendapat kelonggaran Wisma Putra untuk menangguhkan kepulangan ke sini selepas selesai menduduki peperiksaan,” katanya.

Seorang lagi penuntut universiti itu, Saiful Rahimi Mat Yusof berkata keadaan politik di Syria yang dijangka semakin memuncak menyebabkan ramai pelajar Malaysia mengambil keputusan untuk pulang ke tanah air.

Beliau berkata seramai 50 pelajar lagi dijangka pulang dan tiba di tanah air pada 29 Sept ini.

Katanya beliau mengambil kesempatan untuk pulang selepas dimaklumkan perbelanjaan perjalanan mereka ditanggung kerajaan Malaysia.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,348PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan