Lagi Nahas Babitkan Bas Ekspress

 

Berpuluh penumpang cedera selepas tiga bas ekpres dan sebuah kereta bertembung berhampiran susur keluar Simpang Pulai, dekat Ipoh.

Kemalangan berlaku selepas sebuah lori dari lorong kiri memasuki lorong kanan dan menghimpit bas yang dalam perjalanan dari arah sama.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 1: 40 pagi tadi di Kilometer 282 Lebuh Raya Utara Selatan.

Ketika kemalangan, tiga bas dan sebuah kenderaan dalam perjalanan menuju selatan tanah air bertembung sesama sendiri.

Sebuah bas yang berada di lorong kanan lebuh raya terpaksa berhenti secara mengejut setelah dihimpit sebuah lori yang berada di lorong kiri.

Kebanyakan penumpang cedera di muka.

Polis Trafik Cawangan Daerah Ipoh dalam kenyataan berkata siasatan mengenai punca kemalangan ini masih dijalankan.

Manakala penumpang yang mengalami kecederaan serius di hantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan lanjut.

 

Comments (No)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.