28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 20, 2020

Lawatan Najib Ke Gaza Perkukuh Peranan Malaysia Dalam Perjuangan Palestin – Muhyiddin

[youtube https://youtube.com/watch?v=mkMF0vAdib8]

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh bertemu dengan mangsa-mangsa keganasan Israel ketika berada di Bandar Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh bertemu dengan mangsa-mangsa keganasan Israel ketika berada di Bandar Gaza

KUALA LUMPUR: Lawatan kemanusiaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Selasa lepas akan membuka mata masyarakat dunia tentang keprihatinan Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestin dan betapa perlunya penindasan rejim Zionis Israel ke atas Palestin dihentikan segera.

Mengulas mengenai lawatan bersejarah itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya ia akan memperkukuhkan lagi peranan Malaysia dalam menerajui inisiatif di peringkat antarabangsa, khususnya dalam kalangan negara Islam untuk memperjuangkan kebebasan dan keamanan Palestin.

“Sesungguhnya lawatan bersejarah perdana menteri dan isteri (Datin Seri Rosmah Mansor) ke Gaza merupakan lambang sokongan rakyat Malaysia yang tidak berbelah bahagi kepada perjuangan rakyat Palestin untuk bebas daripada penindasan rejim Zionis Israel,” kata Muhyiddin dalam kenyataan pada Khamis.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Najib dan Rosmah atas kejayaan misi lawatan kemanusiaan ke Gaza itu, beliau menegaskan rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan keberanian perdana menteri melawat Gaza untuk melihat sendiri penderitaan rakyat Palestin.

Muhyiddin berkata ia sekali gus mengulangi pendirian Malaysia untuk terus menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menghulur apa sahaja bantuan bagi meringankan beban penderitaan mereka.

“Kita juga berbangga kerana Datuk Seri Najib adalah ketua kerajaan pertama dalam kalangan pemimpin bukan Arab yang mengadakan lawatan ke Gaza,” kata Muhyiddin.

Najib sekaligus mencatat sejarah sebagai perdana menteri Malaysia pertama menjejak kaki di bumi Palestin.

Muhyiddin berkata seperti yang ditegaskan perdana menteri, Malaysia menyokong penuh kewujudan kerajaan perpaduan antara Fatah dan Hamas yang menjadi prasyarat kepada kemenangan rakyat Palestin dalam perjuangan membebaskan tanah air mereka daripada penindasan dan kezaliman rejim Zionis Israel.

“Kita berharap dengan kewujudan kerajaan perpaduan yang menggabungkan dua organisasi utama yang menerajui perjuangan rakyat Palestin selama ini, cita-cita membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman rejim Zionis Israel akan dapat dicapai dengan lebih cepat,” tegas beliau.

Menurutnya, keberanian dan komitmen yang ditunjukkan Najib dalam menjayakan misi lawatan kemanusiaan ke Gaza menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus mendukung perjuangan suci rakyat Palestin bagi membebaskan tanah air mereka daripada penindasan rejim Zionis Israel.

“Saya berdoa semoga perdana menteri dan kita semua sebagai rakyat Malaysia akan sentiasa diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk terus menyokong perjuangan rakyat Palestin.

“…Mudah-mudahan dengan sokongan masyarakat dunia yang berterusan kepadaperjuangan rakyat Palestin, bumi Palestin akan kembali aman, bebas dan merdeka,”katanya.






Berita Berkaitan

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di...

Komen

..

Najib sindir MB Selangor rakam gambar hidu botol dan ‘up’ di FB

Ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melemparkan kritikan pedas terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berhubung isu pencemaran...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,358PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan