Lebih 10 Laporan Tidak Rasmi Diterima #CerobohSabah - pakdin.my

ops_daulat-tangkap-suspek5TAWAU: Pihak polis mengesahkan sekurang-kurangnya 10 laporan tidak rasmi berlakunya pendaratan pengganas bersenjata di beberapa lokasi di daerah ini, namun didapati sekadar maklumat palsu.

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah, rata-rata laporan yang diberikan juga berkaitan dengan situasi tidak menentu akibat kehadiran pengganas bersenjata di Lahad Datu dan Semporna.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan, kita dapati laporan-laporan terbabit tidak benar kerana kita tidak mengesan sebarang kewujudan individu atau kumpulan pengganas sebagaimana yang didakwa oleh pihak tertentu,” katanya.

Awang berkata, hasil pemeriksaan juga menunjukkan individu-individu yang dilaporkan mencurigakan itu didapati merupakan penduduk kampung yang turun memancing, mengambil ketam ataupun anggota pasukan keselamatan yang sedang bertugas,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau sekali lagi mengulangi gesaannya supaya masyarakat tidak mudah terpedaya dengan khabar-khabar angin dan terus melaksanakan rutin harian mereka seperti biasa kerana kawalan pihak polis sentiasa ditingkatkan.

“Polis memberi jaminan bahawa keselamatan di Tawau, termasuk di kawasan persisiran pantai adalah terkawal dan pemantauan serta rondaan sedang dilaksanakan 24 jam oleh pasukan kita,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini kelmarin.

Awang berkata, seluruh anggota masyarakat disaran supaya tidak menimbulkan huru-hara dan situasi panik dengan ‘menghamburkan’ segala macam maklumat tidak sahih sama ada dari mulut ke mulut ataupun laman-laman sembang sosial menerusi alam maya.

Pihak polis sentiasa bersedia untuk menerima sebarang maklumat dan melakukan pemeriksaan untuk mengesahkan kebenaran maklumat terbabit kerana penyebaran maklumat palsu juga menjejaskan koordinasi penugasan polis.

“Saya menyeru masyarakat supaya membantu polis dalam memastikan keamanan sentiasa terjaga di daerah ini dengan tidak sesekali menyebarkan khabar angin yang boleh menimbulkan panik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan pihak polis sentiasa berhubung dengan ketua kampung dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dalam penyaluran maklumat dan tidak ada kawasan hitam di Tawau sebagaiman didakwa segelintir pihak.

UTAMABERITASABAHLebih 10 Laporan Tidak Rasmi Diterima #CerobohSabah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium