23.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 22, 2020

Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak Pemangkin Transformasi Hidup – Najib

pan-borneo-highway

Datuk Seri Najib Tun Razak yakin pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak akan menjadi pemangkin transformasi kehidupan rakyat dan membawa pertumbuhan ekonomi yang pesat di negeri itu.

Perdana menteri berkata ia juga dapat merealisasikan usaha kerajaan melaksanakan pembangunan yang berpaksikan rakyat di Sarawak, memandangkan lebuh raya berkenaan merupakan penghubung bandar-bandar utama di negeri itu dan seterusnya bertemu dengan lebuh raya di Sabah.

“Impian saya untuk melihat pembangunan sama rata dan pengurangan jurang antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak semakin menjadi kenyataan.

“Insya-Allah kita akan berusaha melaksanakan projek ini bersama,” katanya dalam catatan terbaharu blog www.najibrazak.com hari ini.

Pada Selasa, perdana menteri menyaksikan pemeteraian perjanjian pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sepanjang 1,090 kilometer di Sarawak melibatkan kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri Sarawak dan Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) di Putrajaya.

Perjanjian itu ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Seri Zohari Akob, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani dan Pengerusi LBU Tan Sri Abang Ahmad Urai Hakim Abang Mohideen.

Turut hadir menyaksikan majlis menandantangani perjanjian itu ialah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fasa pertama pembinaan lebuhraya itu melibatkan jajaran sepanjang 773 kilometer yang dijangka dimulakan pada September ini.

Lebuhraya Pan Borneo Sarawak merupakan sebahagian daripada Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2,239 kilometer akan menjadi penghubung bandar-bandar utama di Sabah dan Sarawak.

Menurut Najib, sebagaimana Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) telah membuka peluang pembangunan dan penambahbaikan perhubungan antara bandar di Semenanjung Malaysia, perkara sama boleh dicapai melalui pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.

Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo melibatkan kos keseluruhan RM27 bilion dan dijangka siap pada tahun 2020.






Berita Berkaitan

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Hajiji positif COVID-19, dirawat di hospital

Datuk Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata...

Covid-19: Enam pelajar, tujuh guru positif

KOTA KINABALU: Enam pelajar sekolah dan tujuh guru membabitkan tiga sekolah di Lahad Datu...

PRN Sabah: Parti Cinta Sabah tanding 72 kerusi

KOTA KINABALU: Parti Cinta Sabah (PCS) bertanding 72 kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan