[Video] Lelaki belasah isteri dalam lif diburu - pakdin.my

PULAU PINANG – Polis sedang memburu seorang lelaki yang membelasah isterinya dalam lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda, Bukit Mertajam, Isnin lalu yang rakaman video perbuatan itu tersebar dalam Facebook dan YouTubebelasah-isteri-dalam-liftKetua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, pihaknya telah mengenal pasti identiti lelaki berkenaan yang merupakan seorang penjawat awam dan bertugas di Jerantut, Pahang.

“Kita telah pergi ke pejabatnya di Pahang dan mendapati lelaki berkenaan tidak masuk ke pejabat.

“Oleh itu, kita harap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berusia 36 tahun ini supaya dapat memberi kerjasama dalam usaha mengesannya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam satu video berdurasi 2.20 minit telah menggemparkan pengguna internet di negara ini apabila video yang memaparkan kejadian seorang isteri dibelasah teruk oleh suaminya di hadapan dua anak mereka yang masing-masing berusia empat dan lima tahun di dalam sebuah lif dikongsi melalui akaun Facebook.

Lebih malang lagi dalam video bertajuk Suami dayus pukul isteri depan anak yang sehingga pukul 3 petang tadi telah ditonton oleh 532 pelayar laman YouTube turut menunjukkan aksi lelaki berkenaan menendang isterinya, seorang pekerja kilang berusia 36 tahun sehingga tersungkur sebaik pintu lif terbuka.

“Pasangan suami isteri yang berasal dari Pulau Pinang sebelum itu melawat anak sulung mereka yang menerima rawatan di hospital dan motif kejadian dikatakan berpunca daripada masalah keluarga,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Rakaman kamera litar tertutup yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.

Beliau berkata susulan kejadian itu, wanita berkenaan yang mengalami kecederaan pada pergelangan tangan, kepala dan muka sedang menerima rawatan di sebuah hospital di sini.

Mazlan dalam pada itu menambah, ekoran kejadian berkenaan, mangsa mengalami bengkak di bahagian kepala dan sakit di pergelangan tangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan sekiranya disabitkan kesalahan, lelaki tersebut boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Kita percaya apa yang berlaku berpunca daripada salah faham keluarga dan kejadian ini terjadi ketika lelaki terbabit bersama isteri dan dua anaknya mahu melawat anak sulung mereka yang sedang dirawat di hospital tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, beliau mengecam tindakan pihak tertentu yang menuduh polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap insiden berkenaan.

Katanya, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 4 petang, Isnin lalu manakala laporan polis diterima pada pukul 4.40 petang hari sama.

Mazlan berkata, pihaknya menjalankan soal siasat dan mengambil keterangan daripada mangsa.

“Tidak betul apabila ada pihak yang mengatakan polis tidak menyiasat perkara ini kerana siasatan terus dijalankan selepas polis menerima laporan dan kita juga sedang berusaha mendapatkan perintah bagi mengasingkan mangsa daripada suaminya,” katanya.

UTAMABERITA Lelaki belasah isteri dalam lif diburu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium