Lelaki patah kaki kanan tersepit eskalator Kompleks Pertama - pakdin.my

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 49 tahun patah kaki kanan apabila tersepit pada eskalator tingkat satu sebuah pusat membeli belah, pagi ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa Mohd Zuhair Faisal Zulkifli dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima laporan pada 10 pagi dan seramai enam anggota digerakkan untuk operasi menyelamat.

Beliau berkata anggota bomba terpaksa membuka eskalator menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit.

“Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dengan ambulan,” katanya.

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit pada eskalator tingkat satu di Kompleks Pertama, pagi tadi.

UTAMABERITALelaki patah kaki kanan tersepit eskalator Kompleks Pertama

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium