LIMA 2013: Mat Sabu tak faham maksud MoU #PRU13 - pakdin.my

Mat Sabu pejuang Syiah

Hasrat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mahu membatalkan semua memorandum persefahaman (MoU) bernilai RM4.2 bilion yang dimeterai dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA 2013) jika pembangkang menawan Putrajaya hanya menyerlahkan kedangkalan beliau dalam perkara itu.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, ini memandangkan perjanjian tersebut dimeterai antara syarikat-syarikat swasta dan tidak melibatkan kerajaan.

Beliau berkata, perjanjian itu hanya dimeterai di LIMA 2013 dan kerajaan tidak terlibat.

“Nampak sangat dia tidak tahu. Dia mahu membatalkan MoU itu kononnya tidak mahu bazir duit, tetapi itu perjanjian antara pihak swasta dengan swasta,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Klinik 1Malaysia di Taman Sri Temenggong, di sini hari ini.

Mohamad atau Mat Sabu dalam ceramahnya di Bandar Baru Uda, Johor Bahru malam semalam mendakwa, LIMA 2013 merupakan medan terakhir kerajaan ‘mencuri duit rakyat’ selain menyatakan sebahagian hasil urus niaga yang berlangsung dalam pameran itu akan menjadi milik pemimpin BN.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata, beliau yakin pembangkang tidak mampu menganjurkan pameran bertaraf antarabangsa itu sekiranya menjadi kerajaan, apatah lagi menarik pelaburan berbilion ringgit.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas majlis tersebut, beliau meminta generasi muda terutamanya yang bakal pertama kali mengundi dalam pilihan raya umum agar menggunakan kebijaksanaan memilih parti untuk memerintah.

Katanya, golongan itu yang bertambah kira-kira dua juta orang perlu membaca dan menganalisis setiap perkara yang dinyatakan sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang bagi mendapatkan kesahihannya.

UTAMAPILIHAN RAYALIMA 2013: Mat Sabu tak faham maksud MoU #PRU13

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium