Home / :: BLOG :: / Mahathir Berbohong Untuk Hapuskan GST Kerana Mahu Mengemis Undi

Mahathir Berbohong Untuk Hapuskan GST Kerana Mahu Mengemis Undi

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya membuat ‘u-turn’ apabila bersetuju bahawa Cukai Barangan dan perkhidmatan (GST) mampu menampung kekurangan hasil minyak sebanyak RM40 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebelum ini, meskipun Dr Mahathir mengetahui kebaikan GST namun beliau tetap menyatakan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) adalah lebih baik daripada sistem yang digunapakai sekarang kerana ingin menagih simpati undi daripada rakyat.

“SST yang mahu diguna pakai semula oleh Dr Mahathir mempunyai masalah percukaian bertindih dan juga perhitungan berganda dalam pengiraan nilai produk serta mempunyai masalah ketirisan akibat manipulasi pemborong dan penjual.

“Pengenalan sistem SST ini bukan sahaja keterbelakang, malah membebankan rakyat secara tersembunyi.

“Tun Mahathir tahu akan perkara ini kerana pentadbiran beliau sendirilah yang mengesyorkan kita menaik taraf kepada sistem GST. Sekali lagi beliau melakukan u-turn,” katanya menerusi blog rasmi hari ini.

Mengulas lagi, Najib berkata cukai berkenaan adalah lebih moden, telus, mempunyai perundangan yang lengkap serta diguna pakai oleh 160 buah negara di dunia.

“Pendek kata dari segi perbandingan sistem, GST adalah sistem yang moden dan lebih sistematik daripada SST.

“Namun bagi mengemis undi, Dr Mahathir ingin menampakkan seolah-olah pembangkang akan menghapuskan GST tetapi sebaliknya akan menggantikan dengan SST di mana kadarnya tidak dimaklumkan.

“Bukankah ini satu pembohongan? soal Pengerusi BN itu lagi.

(Visited 7 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

Check Also

Kos operasi penternakan ayam meningkat selepas rejim PH memerintah kata persatuan

Persatuan terbesar mewakili industri ternakan mengalu-alukan siasatan berhubung dakwaan tentang kewujudan kartel di sebalik kekurangan bekalan telur ayam yang dikatakan menjadi punca kenaikan harganya sejak kebelakangan ini.

21 comments

  1. Mimi Rusmiyati

    Lagi pun #GST lagi bnyk !?

    Got what I mean?

  2. Manickam Nadeson

    Rakyat tahi siapa TUN ini, hanya tunggu PRU 14, untuk menjahanakan Pakatan Harapan.

  3. Jamaludin Ali

    muko ompat bolas dah jadi malaun firauun, beristifarlah banyak2

  4. Cadis Etrama Di Raizel

    Kahkahkah
    Walaun ameno dah xda modau ka…
    Nyalak kuat2 lagi…lagi cepat org meluat dgn ameno…

  5. Juhari Ali Juhari Ali

    Tak payah nak layan natang org tua ni.

  6. Rosidah Sulaiman

    Yg jangi nya pun orang dah nyanuk

  7. Izhar Ali

    Kutty. Nak. Mampos. Daaaa

  8. MmZy Hjmalik

    Ada bukti ke Tun M berbohong….setahu aku umno/bn yg byk berbohong…insaflah dari menjadi pencacai2 low class..

  9. Mohd Wari

    kesian pengemis tua ni.

  10. Alias Jalil

    Bagi TM menang.. baru tau la.

  11. Har Muhd

    UMNO dah semakin terdesak sangat skrg…keje kuat lagi admin…

  12. Aji Firdaus

    seriously GST kene dimansuhkan. menyusahkan rakyat,

  13. Mohamad Noor Ishak

    Cik det dah diluar kerajaan apa lagi tangkap dan humban dlm penjara,kerana itu yg akan dibuat kalau majib kalah nanti.

  14. Mohamad Noor Ishak

    Cik det dah diluar kerajaan apa lagi tangkap dan humban dlm penjara,kerana itu yg akan dibuat kalau majib kalah nanti.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: