28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

Mahathir tuduh peminjam PTPTN tidak jujur, enggan bayar hutang RM36 bilion – Siapa yang menghasut mereka tidak membayar balik pinjaman?

Bertahun Pakatan membuat propaganda untuk pendidikan percuma dan menghapuskan PTPTN, mengapa setelah menguasai kerajaan bercakap mengenai pembayaran balik PTPTN.

Siapa yang menghasut peminjam sehingga mereka tidak mahu membayar balik pinjaman?

…………..

Mahathir Mohamad membidas sikap tidak jujur peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang enggan membayar hutang sehingga menyebabkan hutang tekumpul yang tidak dibayar adalah sebanyak RM36 bilion.


Perdana Menteri berkata beliau berasa malu dengan sikap seumpama itu kerana peminjam berkenaan tidak langsung mempunyai rasa bertanggungjawab apabila mereka diamanahkan dengan sesuatu.

“Di Malaysia kadang-kadang terdapat manusia yang sangat tidak jujur. Sebagai contoh, untuk memberikan peluang pendidikan kepada rakyat kita memberi mereka biasiswa, kita mengeluarkan wang untuk membiayai pelajaran mereka supaya mereka kelak akan memperoleh pendapatan yang lebih baik dan dapat meningkatkan taraf hidup.

“Sebaik sahaja mereka diterima belajar di universiti, baik di dalam dalam mahupun di luar negara, kita akan memberi mereka biasiswa, pinjaman sebenarnya, tetapi malangnya apabila mereka sudah kembali (ke tanah air) mereka enggan membayar semula hutang tersebut.

“Kita mempunyai sebanyak RM36 bilion hutang terkumpul yang tidak dibayar kepada PTPTN. Saya berasa sangat malu tetapi mereka sebaliknya tidak. Mereka ada pendapatan dan mampu membayar hutang, cuma mereka sengaja enggan membayarnya,” katanya pada majlis syarahan utama di Residensi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.

Mahathir turut menggesa peminjam PTPTN yang mampu membayar balik hutang agar lebih bertanggungjawab dan menjelaskan hutang mereka walaupun jika berpendapatan rendah sekalipun.


Beliau berkata mereka yang memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM2,000 boleh mengasingkan sebanyak kira-kira RM100 sebulan untuk membayar balik hutang pinjaman.

Dalam syarahannya, Mahathir juga menjelaskan tentang cadangan beliau agar universiti-universiti di Jepun menubuhkan kampus cawangan mereka di Malaysia dan mengenai pentingnya mempelajari nilai-nilai masyarakat Jepun.

Kata beliau, Malaysia adalah lokasi terbaik bagi maksud tersebut kerana ia akan melibatkan kos yang lebih rendah berbanding di Jepun.

“Saya mencadangkan perkara itu kerana di Jepun pada masa ini semuanya mahal tetapi sekirannya anda mempunyai cawangan universiti Jepun di sini, anda boleh menawarkan sistem pendidikan Jepun dan pada masa yang sama memahami budaya dan sistem nilai orang Jepun, dan kos sara hidup akan menjadi lebih rendah, jadi lebih ramai orang akan mendapat manfaat daripadanya.


“Selain itu, pelajar dari negara-negara miskin dan pelajar miskin juga boleh datang ke Malaysia untuk belajar di institusi pendidikan Jepun tersebut,” tambah beliau.

Dr Mahathir turut melahirkan keyakinan beliau bahawa Malaysia juga boleh mencapai kejayaan seperti Jepun jika rakyatnya memiliki nilai-nilai yang sama seperti yang terdapat dalam sistem nilai masyarakat Jepun, seperti memiliki perasaan malu jika gagal mencapai kecemerlangan, di samping nilai-nilai positif seperti beramanah dan rajin bekerja. – BERNAMA

…………..
https://pakdin.my/tag/ptptn

Berita Berkaitan

Bincang calon TPM, MKT UMNO dijangka kembali mesyuarat malam ini

Umno dijangka akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan calon Timbalan Perdana Menteri dan syarat-syarat...

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan