Malaysia Ada Kebarangkalian Dilanda Gempa Bumi – Penyelidik - pakdin.my

garis gempaTerdapat kebarangkalian Malaysia dilanda gempa bumi pada masa hadapan sungguhpun negara ini terletak di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik, kata seorang penyelidik Sabtu.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Sabah Prof Dr Felix Tongkul berkata berdasarkan kajian, pihaknya mendapati Malaysia berkemungkinan dilanda gempa bumi pada kekuatan sederhana iaitu 6.0 pada skala Richter pada masa hadapan.

“Daripada kajian yang kita lakukan, Malaysia mungkin tidak akan ditimpa gempa bumi berskala kuat, tetapi setakat rekod yang kita ada negara mungkin ditimpa gempa bumi berskala sederhana.

“Gegaran pada tahap itu sudah cukup untuk merosakkan bangunan dan harta benda,” katanya kepada Bernama pada akhir Seminar Teknikal Kebangsaan Gempa Bumi dan Tsunami anjuran Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) di sini.

Dr Felix berkata bagaimanapun gempa bumi berkekuatan sederhana itu diramal berlaku di beberapa kawasan tertentu sahaja dan bukan di seluruh negara.

UTAMABERITAMalaysia Ada Kebarangkalian Dilanda Gempa Bumi - Penyelidik

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium