24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 28, 2020

Malaysia tidak akan meterai TPPA di Hawaii – Mustapa

MITI-TPPA

Malaysia tidak akan memeterai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di mesyuarat menteri-menteri di Hawaii bermula 28-31 Julai, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa, yang mengetuai pasukan perunding Malaysia terdiri daripada lebih 20 kementerian dan agensi, berkata: “Permeteraian TPPA tidak akan berlaku di Hawaii.”

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, seperti Malaysia, setiap anggota TPPA perlu melalui proses domestiknya sendiri sebelum keputusan akhir untuk memeterai dan mengesahkan perjanjian dibuat.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab bagi rundingan TPPA, menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan perlembagaan, kedaulatan dan dasar teras negara kita, termasuk kepentingan masyarakat Bumiputera, dilindungi dan dipertahankan.

“Objektif kami pada mesyuarat ini adalah untuk memastikan kepentingan dan kebimbangan Malaysia ditangani,” katanya.


Beliau berkata selepas lima tahun, rundingan TPPA bakal dimuktamadkan dan pada tahap ini negara-negara perlu membuat keputusan yang sukar.

“Seperti dalam semua rundingan, keputusan muktamad perlu dibuat,” katanya.

Beliau berkata kerajaan mengambil pendirian tegas dalam TPPA, yang mana perlembagaan, kedaulatan dan dasar-dasar teras negara seperti pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara dan agenda Bumiputera akan dilindungi.

“Saya menyeru rakyat Malaysia agar berfikiran terbuka tentang TPPA. Memahami bahawa walaupun terdapat kos, namun terdapat juga manfaatnya kepada negara,” katanya.

Mustapa berkata maklum balas daripada semua pihak berkaitan TPPA membantu membimbing dan mempengaruhi pendirian rundingannya bagi pelbagai isu yang dibincangkan.

Beliau berkata, kemudiannya nanti, dokumen akhir bersama dengan dua analisis kos-dan-manfaat akan dibentangkan kepada umum dan Parlimen.

Keputusan sama ada untuk memeterai atau menolak TPPA akan menjadi keputusan bersama rakyat Malaysia, katanya.


Mustapa berkata TPPA tidak menghalang kerajaan daripada meneruskan dan mengawal selia objektif dasar awam yang sah, terutamanya dalam bahagian seperti keselamatan negara, persekitaran sihat awam dan kebajikan rakyat.

Dalam pada itu, terdapat beberapa perlindungan yang sedang dirundingkan bagi menangani kebimbangan utama termasuk mengelak cabaran remeh oleh pelabur, katanya.

“Perlu diketahui bahawa mekanisme Penyelesaian Pertikaian Negara Pelabur (ISDS) bukan suatu yang baharu bagi Malaysia.

“Kita telahpun mempunyai 74 perjanjian pelaburan dua hala dan lapan perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang mengandungi peruntukan ISDS,” katanya.

Mengenai pemerolehan kerajaan, Mustapa berkata, Malaysia melindungi keutamaan Bumiputera dengan memastikan keutamaan perusahaan kecil dan sederhana Bumiputera dikekalkan.

Mengenai kawalan modal, Malaysia berjaya mempertahankan haknya untuk memastikan terdapat ruang dasar mencukupi bagi mengurangi sebarang kesan negatif aliran modal dan memelihara kestabilan kewangan dan makroekonomi, katanya.

Beliau berkata satu lagi kebimbangan utama ialah dakwaan bahawa harga ubat-ubatan akan meningkat tinggi akibat daripada perlindungan paten.


Bagaimanapun, pada hakikatnya, klausa perlindungan paten dalam TPPA tidak berbeza daripada peraturan Malaysia sekarang bagi perkara ini, kata Mustapa.

Malaysia mendapati bahawa TPPA menyediakan akses pasaran kepada empat rakan dagangan yang negara tidak mempunyai FTA dengannya – AS, Kanada, Mexico dan Peru, katanya.

Mengenai Islam, Mustapa memberi jaminan bahawa tidak ada apa dalam TPPA yang boleh mengancam kedudukannya sebagai agama rasmi Malaysia dan kerajaan tidak akan membenarkan sebarang FTA yang boleh menjejaskan peruntukan perlembagaan ini.

Mengenai kebimbangan umum TPPA dirundingkan ‘secara rahsia’, beliau berkata: “Dalam rundingan antarabangsa, teks rundingan biasanya tidak dikeluarkan kepada orang awam. Bagaimanapun, semua isu yang dirundingkan dibincang secara terbuka.”

Beliau berkata rakyat Malaysia akan mendapat akses kepada teks penuh sekiranya satu persetujuan dicapai.

Berita Berkaitan

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Ekonomi – Mahathir Vs Najib

Aku tengah tengok temuramah Sinar Harian terhadap DS Najib. Satu soalan yang ditanya adalah apakah...

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 bermula tahun...

Kakitangan awam dapat RM600, pesara RM300

Demi menghargai jasa dan bakti anggota perkhidmatan awam, kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM600...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...