25 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 23, 2020

Mansor Akan Disingkir Selepas PRU 13

Tentunya tika ini saban malam Datuk Mansor Othman yang merupakan Timbalan Ketua Menteri I (TKMI) Pulau Pinang mengalami masalah kesukaran untuk melelapkan mata gara-gara kontroversi minit mesyuarat yang sedang tersebar sekarang.

Rentetan dari penyiaran transkrip perbualannya dalam pertemuan bersama beberapa orang pemimpin PKR itu, bukan sahaja telah mencetuskan keraguan dikalangan ramai penyokong PR khususnya DAP dan PAS, malah turut mengundang kemarahan ramai pemimpin pembangkang yang lain.

Dalam perbualan yang dideadahkan oleh blog gelagatanwar.wordpress.com itu, antara intipati kenyataan mansor yang disiarkan ialah memperlekehkan kewibawaan Lim yang digelarnya sebagai ‘tokong, angkuh dan sombong’.

Selain itu, Mansor juga mengarahkan pemimpin PKR yang lain bersedia dengan nama calon PKR keturunan Cina bagi menghadapi kemungkinan terpaksa berdepan pertandingan tiga penjuru dengan DAP.

Kritikan dan cercaan yang dilemparkan oleh Mansor terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu dilihat sebagai satu tindakan yang membelakangkan kepercayaan sesama parti pembangkang sekaligus mendedahkan kepada umum wujudnya keretakan dalam jalinan kerjasama yang baru saja berusia setahun jagung.

Ramai pemimpin DAP seakan tidak dapat mengekang kemarahan mereka telah mendesak pucuk pimpinan tertinggi PR supaya mengambil langkah segera termasuklah menyingkirkan Pengerusi PKR Pulau Pinang itu dari jawatan TKM1 selepas PRU 13 nanti.

Menurut sumber dalaman DAP, tindak tanduk Mansor itu bukan sahaja telah menjejaskan kredibiliti dan kewibawaan Lim yang selama ini cuba dibina imejnya sebagai ‘hero orang Cina’ malah secara langsung telah mendedahkan PR kepada serangan bertali arus dari media BN.

Tambahan pula dengan skandal peribadi Mansor yang mempunyai hubungan intim dengan seorang Ah Soh yang sudah lama berada dalam pengetahuan ramai pemimpin DAP dan PKR, dikhuatiri bakal menyebabkan imej pakatan pembangkang kian tercalar sekaligus merencatkan peluang PR untuk menguasai kembali Pulau Pinang dalam PRU 13 kelak.

Kata mereka lagi, Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR sewajarnya segera menyediakan nama lain untuk diumumkan sebagai ganti jawatan TKM1 dan Pengerusi PKR negeri yang sekarang ini sedang disandang oleh Mansor.

Berita Berkaitan

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MIC ‘mahu’ kekal bertanding sembilan kerusi Parlimen

MIC mahu kekal bertanding di sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan...
00:00:53

#PRNSabah: Penularan Covid-19 di Sabah sandiwara kata Calon Warisan, Mohamaddin Ketapi

"Covid pandai melonjak hanya masa pilihanraya. Lepas pilihanraya, kes Covid di Sabah turun ke sifar" tuduh Ketapi. Pemimpin Warisan ini teruskan tuduhan dia bahawa kenaikan...

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan