Mayat lelaki dibunuh kejam ditemui dalam kereta - pakdin.my

jenayah5

BAGAN SERAI  – Mayat seorang lelaki dengan beberapa kesan tembakan ditemui dalam sebuah kereta Proton Waja berdekatan ladang kelapa sawit di Jalan Gula menghala ke Semanggol dekat sini awal pagi ini.

Mayat mangsa yang berusia awal 30-an dijumpai anggota polis ketika melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan kira-kira pukul 2.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Mat Fauzi Nayan berkata, hasil siasatan menemukan sembilan kesan tembakan di seluruh tubuh mangsa.

Katanya, pemeriksaan polis turut menemukan tiga kelongsong peluru pistol jenis 9 mm dalam kereta tersebut.

“Enjin kenderaan dinaiki lelaki ini telah dimatikan dan pemeriksaan mendapati kereta itu tidak mengalami sebarang kerosakan.

“Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa yang tersandar di tempat duduk belakang dengan beberapa kesan tembakan di kepala dan badan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) hari ini.

Mat Fauzi berkata, pihaknya masih menyiasat identiti sebenar lelaki terbabit dan mangsa dipercayai ditembak dalam kereta itu beberapa jam sebelum kejadian.

Beliau berkata, kereta Proton Waja tersebut adalah kenderaan curi kerana dilaporkan hilang di Puchong, Selangor sebelum ini.

“Polis turut menemukan sebuah beg pakaian yang di dalamnya terdapat satu plastik lutsinar kecil dipercayai dadah jenis syabu seberat dua gram.

“Kita tidak menolak kemungkinan pembunuhan ini melibatkan kumpulan gengster atau berkaitan dengan dadah,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi IPD Kerian di talian 05-7215222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

UTAMABERITAMayat lelaki dibunuh kejam ditemui dalam kereta

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium