Mayat Wanita Dikelar Ditemui Dalam Kereta Berhampiran Desa Mentari - pakdin.my


+++++

Seorang wanita yang disangka sedang tidur dalam kenderaannya, rupa-rupanya telah mati dengan kesan kelaran.

S SuntarambhalKejadian itu disedari orang ramai kira-kira jam 1.15 pagi, apabila mendapati wanita berkenaan tidak bergerak untuk satu tempoh yang agak lama.

Curiga dengan sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan berhampiran Desa Mentari, penduduk yang melalui kawasan itu cuba mendapatkan kepastian.

Namun, terkejut apabila menemui mangsa yang berlumuran darah.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed, kejadian dipercayai bukan bermotifkan samun.

Ia berikutan beberapa barangan berharga termasuk barang kemas tidak diambil dan kenderaan mangsa juga tidak digeledah.

Mangsa dikenali S. Suntarambhal berusia 33 tahun, menetap di Cheras.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

UTAMABERITAMayat Wanita Dikelar Ditemui Dalam Kereta Berhampiran Desa Mentari

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium