MCA Akan Kemuka Cadangan Untuk Rampas Selangor – @DonaldLimMCA - pakdin.my

PUTRAJAYA, 14 Sept  — MCA Selangor akan mengemukakan beberapa cadangan kepada Barisan Nasional (BN) negeri dan kebangsaan bagi merampas kembali Selangor dari pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang, kata ketuanya Senator Datuk Ir Donald Lim Siang Chai Rabu.

Lim, yang juga Timbalan Menteri Kewangan mengakui MCA mungkin menghadapi tugas berat terutama di Lembah Klang pada pilihan raya umum akan datang.

“Bagaimanapun, meletakkan calon yang tepat akan meningkatakan peluang BN untuk menang.

“MCA telah membincangkannya dan sasaran kami ialah untuk merampas kembali Selangor untuk BN,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri ‘Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang’ Jabatan Akauntan Negara Malaysia di sini Rabu.

Pada masa ini, pembangkang menguasai 35 daripada 56 kerusi dewan negeri.

UTAMAPOLITIKMCA Akan Kemuka Cadangan Untuk Rampas Selangor - @DonaldLimMCA

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium