Menjejak jerat pembangkang pada sidang Parlimen kali ini - pakdin.my

Barisan MP pembangkang yang memakai sut hitam ketika perasmian Sidang Dewan Rakyat oleh Yang di Pertuan Agong pada Isnin
Barisan MP pembangkang yang memakai sut hitam ketika perasmian Sidang Dewan Rakyat oleh Yang di Pertuan Agong pada Isnin

Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen pada 2008, pembangkang terus menerus mencetuskan pelbagai isu dan kekecohan ketika Dewan Rakyat, bersidang.

Sekali imbas, seolah-olah DAP,PKR dan PAS mendominasi Dewan Rakyat walaupun Barisan Nasional (BN) berkuasa.

Namun, atas dasar demokrasi, kebebasan bersuara serta kekebalan sebagai ahli parlimen, rata-rata ahli parlimen pembangkang bebas berhujah walaupun maklumat disampai tidak benar atau kurang tepat.

Ironinya, pembangkang sentiasa mencari jalan agar di mata rakyat merekalah pejuang sedangkan banyak masa di Parlimen dihabiskan bagi agenda politik pembangkang.

Pada persidangan pertama Penggal Ketiga Parlimen ke 13 yang bermula Isnin, pembangkang sudah memulakan langkah mereka dengan hadir majlis perasmian oleh Yang di Pertuan Agong memakai sut hitam.

Sepatutnya mereka memakai pakaian rasmi nombor satu sebagai menghormati Dewan Rakyat serta peraturan yang mereka sendiri luluskan tetapi seringkali pembangkang bertindak membenarkan matlamat menghalalkan cara.

Alasannya kerana solidariti kepada Anwar yang tidak dibenarkan hadir ke Dewan Rakyat kerana sedang menjalani hukuman lima tahun penjara di Penjara, Kajang kerana kesalahan meliwat.

Pada Selasa, mereka merancang mengadakan protes terhadap penahanan ahli parlimen Permatang Pauh di depan pintu Parlimen.

Bantahan itu bagi menuntut pembebasan Anwar dan bagi membolehkannya hadir ke sidang dewan kerana beliau masih berstatus ketua pembangkang.

Kumpulan itu bagaimanapun dikatakan akan hadir ke sidang parlimen pada jam 10 pagi.

Namun berdasarkan peristiwa lampau, mereka dijangka mencetuskan kekecohan di dalam Dewan sebaik sahaja sesi perbahasan bermula.

Pada tahun lalu, mereka memboikot sidang hari kedua kononnya sebagai membantah hukuman penjara lima tahun yang dikenakan Mahkamah Rayuan terhadap Anwar.

Kali ini, mereka mungkin tidak akan memboikot sebaliknya akan menimbulkan kekecohan sekiranya Speaker menghalang ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Ibrahim membacakan teks bapanya sebagai Ketua Pembangkang untuk membahaskan titah Yang di Pertuan Agong.

Besar kemungkinan Speaker tidak membenarkan Nurul Izzah membacakan teks Anwar kecuali Naib Presiden PKR itu dipilih sebagai Ketua Pembangkang.

Nurul Izzah boleh membacakan teks bapanya hanya ketika beliau membahaskan titah berkenaan atas kapasiti sebagai ahli parlimen Lembah Pantai.

Inilah yang dijangka akan berlaku pada Selasa sekaligus akan mencetuskan kekecohan jika Spekaer bertegas menghalang Nurul Izzah membacakan teks Anwar ketika giliran Ketua Pembangkang berbahas.

Jelas, inilah jerat yang dipasang pembangkang pada persidangan kali ini.

Semuanya demi Anwar Ibrahim.

Selagi Lembaga Pengampunan tidak bersidang, pembangkang akan terus melalak menuntut Anwar dibenarkan hadir ke Parlimen kerana statusnya sebagai wakil rakyat belum gugur.

Sepanjang masa itu jugalah, rakyat akan terus melihat Dewan Rakyat akan menjadi pasar atau sarkas gara-gara tindakan pembangkang yang jarang menghormati peraturan yang mereka sendiri luluskan.

UTAMAPOLITIKMenjejak jerat pembangkang pada sidang Parlimen kali ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium