[Video] Menteri Dalam Negeri gagal buktikan PSS dimulakan BN – Hishammuddin

Inilah perangai PH-Warisan – segala inisiatif dan projek BN yang bagus serta diteruskan tanpa bantahan rakyat, mereka claim credit cakap mereka punya. Tetapi, bila inisiatif yang cuba mereka buat dibantah rakyat, terus tuduh BN mulakan. Tak konsisten!

Dua hari lepas di #PRKKimanis, saya kritik PH mahu melaksanakan Pas Sementara Sabah (PSS) atas dua sebab. Pertama, kerana mereka tuduh PSS dimulakan BN. Kedua, kerana PSS berisiko menggugat keselamatan Sabah.

Semalam, Menteri Dalam Negeri cuba buktikan PSS dimulakan BN dengan menyenaraikan beberapa mesyuarat pada zaman BN yang membincangkan perihal Pas Residen. Beliau juga kata PSS tiada kaitan dengan isu keselamatan seperti pencerobohan di Lahad Datu.

Jawab saya – segala mesyuarat itu tetap tidak membuktikan PSS dimulakan BN. Malah, beliau sendiri akui – PH yang bertegas mahu melaksanakan PSS selepas peralihan kerajaan. Tentang isu keselamatan, saya nak tanya PH-Warisan, isu kemasukan warga asing, isu pendatang tanpa izin – ini semua tiada kaitan langsung dengan isu keselamatan ke?

Comments

comments