Warga netizen ditegur supaya memelihara kemuliaan bulan Ramadan dengan tidak berkongsi perkara-perkara yang boleh mengaibkan orang lain.
Ini termasuk mengeluarkan perkataan yang tidak baik terutama melibatkan kes siasatan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri membuat teguran itu kerana beliau mendapati di laman-laman sosial seperti Facebook, orang ramai tidak segan silu mengeluarkan kata-kata yang mengaibkan sebagai respons dan tindak balas mereka terhadap perkembangan siasatan melibatkan bekas Perdana Menteri itu.
“Saya tidak bertujuan untuk menyokong mana-mana pihak akan tetapi saya kesal apabila kalangan umat Islam seolah-olah sudah terlupa bahawa mereka sedang berpuasa.
“Yang tidak sahaja menahan diri dari makan dan minum tetapi yang penting memelihara hati, perasaan dan cara kita mengolah perkataan kita terutamanya di laman-laman media sosial.
“Biarlah polis menjalankan tugas mereka dan sebagai warga netizen, kita tidak berhak untuk menjatuhkan hukuman sehingga memberikan aib kepada orang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Berbuka Puasa Program Quran Hour A Night With Mufti anjuran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan Istana Budaya di Lambang Sari Istana Budaya di sini, malam tadi.
Zulkifli sebaliknya meminta supaya warga netizen supaya lebih tumpukan perhatian terhadap menambahkan amal ibadah dan mengejar ganjaran pahala sepanjang bulan Ramadan sambil memohon kepada tuhan supaya menutupkan aib dan melebihkan rahmat dan kasih sayang sesama umat.
https://pakdin.my/tag/nakib-razak
https://pakdin.my/tag/mufti
Kepada penyokong kerajaan ,jgn layan page ni…sebelum PH ambil pemerintahan Malaysia.page mcm nak mati x ada org komen pun.kini page ni ramai yg komen.itu admin meroyan..jom boikot page ni..jgn bagi sebarang komen..
Sebab ramai yg dah sedar… the true colours of DAP. Tak sangka pula nama Abd Mutalib, tapi jadi tali barut DAP yg lantang memperlekehkan hal ehwal org Islam.
Betul tu Lina Ismail… Galok terrr manusia nie… Jgn riak sgt dgn PH sbb dlm dia ada DAP
Abd Mutalib jika hati telah hitam manusia akan binasa. Bersangka Baik adalah sebahagian Dari iman fikir fikirkanlah
lex arr… slagi ade sultan muslim… askar n polis bukan DAP punyer…
Kepada penyokong kerajaan ,jgn layan page ni…sebelum PH ambil pemerintahan Malaysia.page mcm nak mati x ada org komen pun.kini page ni ramai yg komen.itu admin meroyan..jom boikot page ni..jgn bagi sebarang komen..
Mia Amisa jgn lupa DAP yang songlap duit rakyat.biar dia perompak asal dia melayu islam.hahahhaha
Baik mufti
Abd Mutalib..semog hidayah milik anda
Semoga hati yg gelap bole bertukar cerah……
Alhamdulilah..terima kasih…teguran yg Bernas…
Admin pon same..kaw tk payah up bnde2 yg bkn2 lg…ka wpon tk hormat bulan rahmadn…
Apa yg anak muda belajar adalah dari sifat2 org tua yg kurang ajar..
Apa yg rakyat belajar adalah dari sifat pemimpin yg kurang ajar..
Siapa yg galakkan dan membiarkan fitnah secara bebas..
Ketam mengajar anak nya bejln tegak tapi ia nya bejln serong..
Dh twrantuk baru nk sedar..
Awal2 tk nk bendung..