Muhyiddin, Zahid Dan Hadi Adakan Pertemuan Di Parlimen

Berkaitan

Terkini

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan bersama pimpinan Barisan Nasional (BN),dan Pas hari ini.

Pertemuan selama 90 minit itu dihadiri Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi yang turut memuatnaik gambar pertemuan tersebut.

“Pertemuan santai YAB PM bersama Pengerusi BN dan Presiden PAS. Turut hadir Setiausaha-setiausaha Agung BN, UMNO dan PPBM.

“Banyak perkara yang dibincangkan dalam pertemuan selama 90 minit itu,” memetik kenyataan di laman Faceebok beliau.

Sementara itu, Abdul Hadi turut memuatnaik gambar yang sama sambil menjelaskan pertemuan tersebut diadakan di pejabat Perdana Menteri di Parlimen.

“Mengadakan perbincangan bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Seri Dr. Zahid Hamidi di Parlimen hari ini, untuk mengukuhkan permuafakatan yang terjalin,” katanya.