Muzakarah Ulama putuskan haram sokong tuntutan Comango - pakdin.my

comango

Muzakarah Ulama anjuran Majlis Ulama Ikatan Muslimin (MUIS) Malaysia hari ini mencapai beberapa resolusi termasuk menyetujui bahawa banyak tuntutan asasi Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) bertentangan dengan syarak, undang-undang dan norma antarabangsa.

Muzakarah berkenaan turut memutuskan bahawa adalah haram untuk mendukung dan menyokong tuntutan Comango dari segi syariah, selain bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

Masyarakat Islam juga perlu menyedari bahawa tuntutan berkenaan boleh merosakkan akidah, jati diri ummah dan meruntuhkan cara hidup Islam keseluruhannya.

Resolusi tersebut dibacakan Pengerusi MUIS, Dr. Aznan Hasan selepas Muzakarah Tuntutan Comango Mengikut Perspektif Syarak di sebuah hotel di sini.

Selain golongan ulama, muzakarah berkenaan turut disertai pakar-pakar syariah dan undang-undang Islam, wakil majlis agama Islam negeri dan mufti antaranya Mufti Sabah, Bungsu@Aziz Jaafar; Mufti Terengganu, Zulkifly Muda serta Pensyarah Kanan Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Prof. Dr. Abd. Aziz Hanafi.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAMuzakarah Ulama putuskan haram sokong tuntutan Comango

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium