28.1 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

Nahas Kota Belud: Angka maut meningkat 8 orang

KOTA BELUD: Angka maut nahas membabitkan empat kenderaan di Jalan Kota Belud, pagi tadi, meningkat kepada lapan orang.

Mangsa kelapan adalah Neta Ramlan, 37, ibu kepada dua lagi mangsa yang maut, Nursukah Abd Jumat, 3 dan Aidil Abd Jumat, 8.

Kemalangan kira-kira jam 5.55 pagi di Jalan Kota Belud – Kota Marudu di Kampung Keguraan itu membabitkan sebuah PROTON Saga, PROTON Gen2, PERODUA Kancil dan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Mangsa yang maut ialah lima penumpang PROTON Saga, Nursukah, Aidil, Neta, Hamirah Mohamad Salleh, 39 dan Vera Alira Jalius, 6.

Turut maut, pemandu dan penumpang PROTON Gen2, Frenwell Jeffery, 31; adiknya, Herlin Naxe, 26 serta Ellyzek Johnny, 28, semuanya dari Kampung Parapat Darat, Kudat.

Sarini Body, 21 dan tunangnya, yang juga pemandu PROTON Saga, Alibasa Alibaba, 24, parah.

Pemandu PERODUA Kancil cedera ringan manakala pemandu Toyota Hilux tidak cedera.

Senarai mangsa maut
#Penumpang PROTON Saga Nursukah Abd Jumat, 3
Aidil Abd Jumat, 8
Neta Ramlan, 37
Hamirah Mohamad Salleh, 39
Vera Alira Jalius, 6

#Penumpang PROTON Gen2 Frenwell Jeffery, 31 (pemandu)
Herlin Naxe Jeffery,
26 Ellyzek Johnny, 28

Senarai mangsa cedera
Sarini Body, 21, (penumpang PROTON Saga – parah)
Alibasa Alibaba, 24, (pemandu PROTON Saga – parah)
Azimah Jiran, 34, (pemandu PERODUA Kancil – cedera ringan)


Hilang kawalan, rempuh 3 kenderaan

KOTA BELUD: Polis masih menyiasat punca kemalangan sehingga mengorbankan tujuh nyawa, termasuk tiga kanak-kanak di Jalan Kota Belud-Kota Marudu di Kampung Keguraan, di sini, awal hari ini.

Dalam kejadian 5.55 pagi itu, tujuh meninggal dunia, tiga parah manakala dua cedera.

Mangsa terbunuh adalah Frenwell Jefery, 31, (pemandu) adiknya, Herlin Naxe Jeffery, 26, dan seorang lagi rakan mereka iaitu Ellyzek Johnny (L), 28. Mereka menaiki Proton Gen2.

Mangsa maut daripada Proton Saga pula adalah Hamirah Salleh, 39, Nursyikah Jumat, 3, abangnya Aidil Jumat (L), 8 dan Vera Adira Jalius, 6.

Mereka yang adalah Alibasa Alibasa, 24, (pemandu Proton Saga), Neta Ramlan, 37, Sarini Body, 21.

Pemandu Perodua Kancil, Azimah Jiran, 34, dan pemandu Toyota Hilux, Mapinsin Lagung, 45, hanya cedera.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah, berkata siasatan awal mendapati pemandu Proton Gen 2 dari Kota Belud menghala ke Kota Marudu dipercayai hilang kawalan lalu merempuh tiga kenderaan dari arah bertentangan.

“Akibat pertembungan itu, enam mangsa maut di tempat kejadian, seorang mangsa meninggal di Hospital Kota Belud manakala tiga mangsa parah dan dua cedera.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kemalangan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Sehubungan itu, polis amat memohon kerjasama orang ramai terutama saksi kejadian yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu.

“Orang ramai boleh menghubungi Balai Polis Trafik Kota Belud di talian 088-976600 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.

Berita Berkaitan

Covid-19: Enam pelajar, tujuh guru positif

KOTA KINABALU: Enam pelajar sekolah dan tujuh guru membabitkan tiga sekolah di Lahad Datu...

PRN Sabah: Parti Cinta Sabah tanding 72 kerusi

KOTA KINABALU: Parti Cinta Sabah (PCS) bertanding 72 kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri...

PRN Sabah: Calon DAP bertanding guna lambang Warisan

Calon DAP akan bertanding pada Pilihan Raya Sabah menggunakan lambang Warisan. Setiausaha Agung Lim Guan...

Pembubaran DUN Sabah: Mahkamah Rayuan tolak rayuan Musa Aman dan 32 ADUN

Mahkamah Rayuan pada Selasa menolak rayuan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk...

MP Kudat pertahan dakwaan Veveonah menipu

Timbalan Menteri sudah minta maaf atas kenyataan beliau menafikan Veveonah tidak mengambil peperiksaan diatas...

PKR Mahu Tanding Lebih Banyak Kerusi Di Sabah

Presiden PKR Anwar Ibrahim bertemu dengan Presiden Warisan Shafie Apdal pagi ini untuk membincangkan...

Shahril Hamdan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan menjadi pemimpin ke-2 parti itu yang disahkan positif Covid-19 minggu ini, selepas pulang dari Sabah. Sumber parti itu pada Isnin...

Najib Beri Respon Sinis Selepas Didakwa Jadi Menteri Dalam Kabinet Anwar

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi respons secara sinis terhadap dakwaan sebuah laman sesawang yang melaporkan beliau antara 19 ahli Parlimen Barisan...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan