31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

Naib Pengerusi DAP Sabah keluar parti

Peter Liew Fui Ken

Kemelut perpecahan dalam parti DAP Sabah terus kronik, kini tiba giliran Naib Pengerusinya, Peter Liew Fui Ken (gambar) bertindak keluar parti termasuk melepaskan semua jawatan yang disandangnya dan tidak lagi menjadi ahli seumur hidup parti berkenaan.

Utusan melaporkan Keputusan Fui Ken, 68, meletak jawatan adalah kira-kira seminggu selepas Timbalan Pengerusi DAP negeri, Fred Fung dan Ketua Wanita Bahagian Kota Kinabalu, Candy Wong mengumumkan keluar parti setelah tidak berpuas hati dan tidak tahan untuk terus berurusan dengan pimpinan sekarang yang tidak menghargai mereka selaku pemimpin kanan dalam DAP negeri.

“Saya telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap barisan kepimpinan DAP serta sangat berasa hati terhadap layanan diterima daripada individu yang kini mengawal barisan kepimpinan negeri,” katanya.

Dakwa beliau, berlaku perkara salah yang sangat serius dengan DAP Sabah, sekali gus menyaksikan ramai ahli yang setia turut mengumumkan pengunduran meskipun parti berkenaan mencatat keputusan cemerlang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, iaitu menawan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen.

Tambah Fui Ken, detik perpecahan sudah mula dapat dilihat apabila ADUN Api Api, Hiew King Cheu memutuskan keluar parti pada tahun lalu dan menjadi penyokong bebas Barisan Nasional (BN).

Selain DAP, rakan sekutu parti itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah turut bergolak apabila menyaksikan pengunduran beramai-ramai ahli parti itu yang diketuai oleh ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan dan ADUN Kadamaian, Jeremy Majalad

Berita Berkaitan

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...