28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, October 30, 2020

Nik Aziz Kaya Dengan Tanah Ladang Rakyat #PAS @nikabdulaziz

Penyelewengan Punca Ladang Rakyat Gagal22 tahun Kerajaan PAS Kelantan menguasai negeri Cik Siti Wan Kembang sejak 1990, antara projek pembangunan yang agak dekat di ingatan tapi jauh dari hati rakyat ialah skandal penyelewengan tanah Ladang Rakyat di Selatan Kelantan.

Semasa ura-ura Ladang Rakyat mahu diwujudkan oleh Kerajaan PAS Kelantan, pemimpin PAS negeri mmenyebarkan cerita propaganda konon dengan pembukaan ladang itu nasib rakyat di kawasan Selatan Kelantan terutama sekali Gua Musang dan Kuala Krai akan terbela, jauh lebih baik berbanding peneroka FELDA.

Rakyat di gula-gulakan dengan janji manis akan memperolehi tanah yang luas terbentang setiap orang, sebuah rumah, peluang pekerjaan di ladang serta mendapat faedah keuntungan dividen RM200.00 setiap bulan.

Selama bertahun-tahun kemudiannya apa manfaat dan faedah yang rakyat khususnya peserta Ladang Rakyat dapat rasai? Mereka cuma dapat RM200.00 dividen sebulan sahaja.

Lain-lain janji bulan bintang yang ditaburi hanya kelihatan dalam gambaran fikiran sahaja. Tiada hak milik tanah kecuali untuk segelintir kroni parti dan pemimpin PAS Kelantan, tiada rumah dibina untuk mereka hatta peluang bekerja di Ladang Rakyat pun hanya terhad untuk 282 orang sahaja.

Tapi disebalik semua itu, diam tak diam, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat berpeluang pula memiliti lot-lot tanah di kawasan Ladang Rakyat, diikuti dengan isterinya yang turut memiliki tanah di kawasan tersebut.

Tanpa perlu meneroka tanpa setitik peluh jatuh ke bumi, kini Lot 51 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM40,000 pada 20 Disember 2000 menjadi milik Nik Aziz.


Tiga tahun sebelumnya nama Nik Aziz sudah terpahat pada geran hak milik tanah di Lot No.31 dari kawasan Lojing yang bernilai RM35,000. Manakala isterinya turut memiliki tanah di Lot No. 29 juga di Lojing.

Itu belum lagi dikira pemilikan tanah melibatkan berpuluh-puluh pemimpin dan wakil rakyat PAS, rata-ratanya mendapat tanah secara percuma dan jika perlu dibayar pun cukup sekadar melangsaikan bayaran premium yang jumlahnya hanya beberapa ringgit sahaja.

Sudahlah keuntungan dari penebangan kayu balak yang beribu-ribu tan langsung tak dinikmati rakyat, nak merasa nikmat royalti balak pun jauh panggang dari api, kini angan-angan nak memiliki sebidang tanah pun tak kesampaian.

Jauh benar bezanya dengan nikmat para peneroka FELDA yang berpeluang memiliki tanah berekar-ekar luasnya, rumah dan pelbagai keistimewaan lain termasuklah mendapat durian runtuh RM15,000.00 untuk setiap keluarga, namun peserta Ladang Rakyat pula hanya berputih mata sahaja.

Peserta Ladang Rakyat tak pun berubah kehidupan mereka waima nak jadi kaya pun tak tercapai dek akal, sebaliknya Nik Aziz dan kroninya yang sudah 22 tahun menongkat langit pula yang kaya raya hasil mentekedarah tanah di Ladang Rakyat.

Berita Berkaitan

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

UMNO kekal fokus pentingnya Gencatan Politik – Keputusan mesyuarat MKT UMNO

KENYATAAN MEDIA Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mengambil keputusan: 1. UMNO terus kekal fokus...

Gila rebut jawatan, populariti Bersatu, UMNO semakin merudum

Populariti Bersatu dan UMNO dilihat semakin merudum kerana di dakwa terlalu sibuk mengejar jawatan...

Komen

..

Kenyataan Macron: Mahathir kena fokus kepada individu bukan serang negara & bangsa kata Najib

Bukanlah nak defend sangat tapi saya rasa dunia patut bertenang dan membaca kenyataan Tun Mahathir secara penuh dan dalam konteks penuh. Perlu adil kepada Tun...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan