Ops Cantas Melibatkan Pegawai Serta Anggota Wanita Ke Stesen Komuter - pakdin.my

Ops-Cantas-Wanita-Polis-Comel-Cantik-Cute

Selepas sekatan jalan raya dan pemeriksaan di restoran dan pusat hiburan, Ops Cantas yang melibatkan pegawai serta anggota wanita kini diperluaskan ke stesen pengangkutan awam.

Kawasan yang diberi perhatian termasuk stesen komuter yang menjadi tumpuan ribuan penumpang termasuk wanita, setiap hari.

Menurut Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan, hasil kajian menunjukkan kadar jenayah ke atas penumpang pengangkutan awam terutama komuter masih rendah.

Bagaimanapun, anggota polis ditempatkan di kawasan itu pada waktu puncak iaitu dari 7 pagi hingga 9 pagi dan 3 petang hingga 6 petang untuk mengelak kejadian jenayah.

Selepas hampir 3 bulan Ops Cantas Khas dilancarkan di seluruh negara, indeks jenayah turun kira-kira 6.5 peratus .

 

UTAMABERITAOps Cantas Melibatkan Pegawai Serta Anggota Wanita Ke Stesen Komuter

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium