Parti pemerintah galakkan cetak rompak: PAT PPBM beri beg tiruan jenama Herschel

Pihak Herschel Supply Co. semalam mengeluarkan satu kenyataan melalui email memaklumkan model beg-beg yang diedarkan di Himpunan Bersatu adalah beg tiruan.

Kenyataan yang merupakan jawapan balas dari pertanyaan seseorang itu berkata mereka tidak dapat mengecam reka bentuk beg yang dipaparkan.

Herschel menegaskan bahawa reka bentuk beg yang diterima oleh perwakilan Bersatu tempoh hari tidak pernah dikeluarkan oleh pihak mereka sama sekali.

Jika email bertarikh 29 Disember 2018 itu sahih, ia sekaligus mendedahkan Bersatu yang kini telah menjadi rejim pemerintah pada hari ini melakukan kesalahan membeli dan mengedarakan barang tiruan.

Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 menyatakan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barangan atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun.

Harap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini dan menghukum pesalah-pesalah yang terlibat. Janganlah oleh sebab kesalahan ini dilakukan oleh parti dalam rejim kerajaan Pakatan Harapan maka pihak berkuasa menutup mata.


15 KOMEN

  1. 23 Rabi’ulakhir 1440H
    Isnin 11.00p.m.

    Dulu ada tukun tiruan.

    Sekarang ada macam-macam tiru-tiruan.

    1️⃣ Parti Tiruan – PPBM

    2️⃣ PM Tiruan – Mahathir Mohamad

    3️⃣ Kerajaan Tiruan – Kerajaan Pakatan Harapan

    4️⃣ Teruna Tiruan – Syed SaddiQ

    5️⃣ Gadis Tiruan – Muhammad Sajat

    6️⃣ Dasar Tiruan – BSH

    7️⃣ Rakyat Tiruan – BANGSA DAP

    8️⃣ Islam Tiruan – Rahmatan wal Rambutan

    9️⃣ Beg Tiruan – Herschel