26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2020

PAS Pusat Dicadang Tubuh Jawatankuasa Pemandu Selesai Isu Air Kelantan

PAS Pusat dicadang agar menubuhkan sebuah JawatankuasaPemandu bagi memantau serta menyelesaikan masalah bekalan air bersih di Kelantan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, penubuhan jawatankuasa berkenaan perlu memandangkan kerajaan negeri di bawah pentadbiran PAS gagal menyelesaikan isu air bersih di negeri itu.

“Saya ingin cadangkan agar PAS Pusat tubuh Jawatankuasa Pemandu sama seperti di Kedah untuk selesaikan isu air.

“Sekarang ini kerajaan negeri tak boleh selesaikan…jadi harap PAS Pusat selesaikan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk LilahYassin (BN-Jempol) mengenai langkah yang diambil Kementerian Pelajaran bagi menyelesaikan masalah air bersih di sekolah-sekolah di Kelantan.

Terdahulu Mohd Puad memberitahu bahawa Kementerian Pelajaran memperuntukan sejumlah RM27.3 juta sejak 2008 bagi membina 91 buah perigi tiub di sekolah-sekolah di negeri berkenaan.

“Berdasarkan rekod, sebanyak 77 buah sekolah daripada 585 sekolah di Kelantan menghadapi masalah air bersih. Namun terdapat 39 buah sekolah daripada 77 buah sekolah itu menghadapi masalah air yang kritikal.

“Malah pinjaman RM567 juta oleh kerajaan Pusat kepada kerajaanKelantan juga gagal menyelesaikan isu air di Kelantan,” katanyamenjawab soalan asal Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang ingin mengetahui sama ada Kementerian Pelajaran bercadang untuk melaksanakan bekalan projek air bersih di sekolah-sekolah seluruh Kelantan.

Berita Berkaitan

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan