Pasangan mengamuk di perkarangan JPM – KENYATAAN RASMI PDRM - pakdin.my

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid memberi butiran terperinci pada sidang akhbar di sini hari ini
KENYATAAN RASMI PDRM 
Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA Saspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.
mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.saspek
lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.bila berada di dalam perkarangan kompleks B kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.
anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat darinpusat kawalan daerah polis putrajaya.apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai.
kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.anggota
MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan saspek.anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh saspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.
kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital PUTRAJAYA dapati saspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.saspek lelaki telah meninggal di hospital.siasatan awal dapati saspek telah menggelarkan dirinya sebagai ‘IMAM MAHADI ‘ manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di hospital PUTRAJAYA.
+++++

Pasangan mengamuk di perkarangan JPM – Lelaki dakwa dia ‘Imam Mahadi’

pasangan mengamuk di JPMBerdasarkan maklumat yang diperoleh daripada suami suspek perempuan, isterinya yang juga bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia baru seminggu mengenali suspek lelaki berkenaan.   PUTRAJAYA – Menggelar dirinya ‘Imam Mahadi’, seorang lelaki bersama seorang wanita bersenjatakan pedang samurai mengamuk di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum menyerang polis bantuan untuk memasuki kawasan berkenaan. Ketua […]


Pasangan mengamuk di perkarangan JPM, Seorang mati (kemaskini)

pasangan mengamuk di JPM 2PUTRAJAYA: Seorang lelaki dan wanita, dipercayai pasangan suami isteri, cedera ditembak selepas membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini, petang tadi. Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai. Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur. […]


Pasangan mengamuk di perkarangan JPM

pasangan mengamuk di JPMPUTRAJAYA 9 Jun – Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai. Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang. Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta […]

++++
UTAMABERITAPasangan mengamuk di perkarangan JPM – KENYATAAN RASMI PDRM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium