26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 1, 2020

Pekerja Rumah Tumpangan Mengaku Tidak Bersalah Tipu CEO Berhubung Pembelian Ferrari

Ferrari 458

Seorang pekerja rumah tumpangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu terhadap dua pertuduhan menipu seorang ketua pegawai eksekutif syarikat teknologi maklumat, berhubung pembelian kereta Ferrari 458 Italia membabitkan RM55,500 tiga tahun lepas.

Sidhartha Ramon John, 36, didakwa menipu N. Ezilan, 48, supaya menyerahkan cek Public Bank bernilai RM5,500 bagi tujuan pembayaran pemprosesan kereta tersebut sedangkan pemprosesan itu tidak wujud di Naza Italia Sdn Bhd, Lot 3, Jalan 51A/221 Petaling Jaya di sini pada 5 Januari 2011.

Dia juga didakwa menipu Ezilan supaya menyerahkan cek Public Bank bernilai RM50,000 bagi tujuan sama di tempat yang sama pada 25 Jan 2011.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya menawarkan jaminan RM18,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan namun Sidhartha yang tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan kerana tidak mempunyai wang tunai yang banyak.

Majistret Mohd Nazri Omran membenarkan tertuduh diikat jamin RM14,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 April untuk sebutan.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...