25.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Pelancaran Proton Suprima S – Spesifikasi dan Harga

proton-suprima-s-mahathir

Pengeluar kereta nasional, Proton hari ini melancarkan model terbaru syarikat itu Suprima S, 16 bulan selepas pelancaran Proton Preve.

Model hatchback 5 pintu ini merupakan kesinambungan daripada model Preve dan dijual pada harga antara RM 76,000 bagi model Eksekutif dan RM 80,000 bagi model Premium.

Dibangunkan dengan kos dua ratus juta ringgit, model berkenaan mendapat penarafan lima bintang “New Car Assessment Programmed” dari Australia, NCAP.

Suprima S turut dilengkapi ciri-ciri keselamatan tinggi seperti sistem brek anti-kunci (ABS) dan kawalan kestabilan elektronik.


Dijana enjin turbo 1.6 liter, ia dikategorikan sebagai kereta bertaraf dunia dengan harga berpatutan.

Pengerusi Eksekutif Proton Holdings Berhad Tan Sri Mohd Kamil Jamil berkata, pihaknya mensasarkan jualan sebanyak 750 unit sebulan bagi pasaran tempatan.

“Kami juga melihat pasaran eksport secepat mungkin, mungkin dalam tahun ini. Kami ada polisi dimana selepas pelancaran sesuatu model ia akan menembusi pasaran luar dalam tempoh 6 bulan,”

“Kami menyasarkan pasaran di Asia Pasifik pada masa ini, dan mungkin kita akan bermula dengan rantau Asia,” katanya selepas menyaksikan majlis perasmian model itu di Pusat Konvensyen Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohammad dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar.

Jelasnya buat ketika ini Proton meletakkan sasaran untuk memasarkan model berkenaan ke tiga negara, Indonesia, Thailand Dan Australia.

Bagaimanapun pihaknya akan memenuhi permintaan pasaran tempatan terlebih dahulu sebelum memasarkan ke luar negara.


Model berkenaan dilancar bagi memenuhi permintaan pasaran mereka yang meminati model dengan gaya “sporty”.

Tambah Kamil, Proton Suprima S kini terdapat di bilik pameran proton seluruh negara bermula hari ini.

Sementara itu Penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pelancaran model terbaru Proton itu diharap dapat mengikis persepsi bahawa Proton mengeluarkan kereta tidak bermutu.

Jelasnya model terbaru Proton itu menepati piawaian antarabangsa dan harus dibanggakan.

“Proton bukan mengeluarkan cheap low quality car, kita mengeluarkan kualiti yang  sama seperti dengan pengeluar ternama, harganya walaupun tidaklah semurah seperti yang dikehendaki tapi dia affordable,” katanya.

Proton Suprima S mampu menarik minat khususnya golongan muda yang dilihat lebih menggemari kereta berbentuk hatchback berbanding sedan.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/proton-suprima-s-dilancar-sasar-jualan-750-unit-sebulan-20466?cp


Proton Suprima S ditawarkan pada harga RM76,388 bagi varian eksekutif dan RM79,988 (premium)

Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688
Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338
Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638

Proton suprima S ini dipamerkan dengan lima variasi warna iaitu, Atlantic Blue, Fire Red, Genetic Silver, Solid White dan Tranquilty Black

spesifikasi-suprima-s-2 spesifikasi-suprima-s

 

Berita Berkaitan

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini, seharusnya menyuntik lebih “semangat” ke...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak sawit dari Malaysia sehingga 2023,...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat berhubung rasuah oleh pihak berkuasa...

#MOKHZANI’S 1MDB?: Syarikat kroni Mahathir yang Zeti bailout kena ‘raid’ di Brazil

OIL and gas company Sapura Energy Bhd (SEB) is back in the news again....

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan