25.9 C
Kuala Lumpur
Monday, November 30, 2020

Pelantikan Najib keputusan parti bukan kemahuan rakyat, kata Dr Mahathir

Dia jadi Perdana Menteri pun bukan keputusan rakyat. Parti dia menang 13 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.
—————————-
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan sama ada pelantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) akan terima oleh rakyat atau sebaliknya.

Menurut beliau, keputusan tersebut adalah kemahuan pembangkang dan rakyat mempunyai kuasa untuk menentukan jika wujud keperluan untuk Najib dilantik ke jawatan tersebut setelah parti itu kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) lalu.

“Nampaknya pihak pembangkang mahu Najib kembali ke BN. Jadi terpulang kepada mereka.

“Tetapi adakah rakyat akan terima beliau. Itu adalah perkara lain,” katanya pada sidangmedia di lobi Parlimen.

Soalan dalam turut dipanjang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Secara berseloroh, Anwar berkata pembangkang mahu Najib diberikan tugas kerana didakwa mempunyai masa yang terluang selepas tidak lagi memegang jawatan Perdana Menteri.

“Apa lagi yang mereka boleh buat (lantik Najib kepada Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional).

“Mereka mahu beri ruang kepada Najib sebab banyak masa terluang,” katanya juga di lobi Parlimen.

Semalam, Dewan Tertinggi BN sebulat suara melantik bekas Perdana Menteri itu kepada jawatan Pengerusi Lembaga Penasihat.

Pengumuman dibuat oleh Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menerusi kenyataan selepas dua jam mengadakan Mesyuarat Kepimpinan Tertinggi parti di Bangunan Menara Dato Onn PWTC, semalam.

Berita Berkaitan

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Komen

  1. Kenapa dengan hang ni Mahathir… apa hang ingat rakyat khususnya orang 2melayu suka dengan hang sekarang… ingat jawatan hang sekarang ni pun bukan pilihan rakyat .. DAP yang lantik hang untuk jadi boneka mereka supaya dapat menghancurkan melayu…!!!

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...