Pembangkang mimpi mahu rampas kerusi Felda – @IdrisBakar - pakdin.my

Lawatan YAB Perdana Menteri ke Gugusan Felda di Hulu Selangor

HULU SELANGOR – Himpunan Oren digerakkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) didakwa gerakan hasutan berterusan pakatan pembangkang terhadap warga Felda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Bernam, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata, hasutan berterusan itu bagi memastikan impian mereka merampas kerusi Parlimen dalam tanah rancangan Felda tercapai.

“Kerusi tradisi yang ada dalam Felda dikuasai Umno kerana majoritinya Melayu sebab itulah mereka berterusan menyerang Parlimen yang ada di Felda.

“Mereka jaja macam-macam cerita Felda tapi tak jalan (berhasil),” katanya ketika ditemui pada majlis Kenduri Tahlil , Doa Selamat dan Sambutan Ramadan di sini.

Menurutnya, usaha mempengaruhi warga Felda untuk menyertai himpunan yang dijadualkan berlangsung hari ini hakikatnya tidak berkesan dan yang sertai hanya orang luar.

Katanya, kebanyakan individu yang akan menyertai himpunan itu sudah termakan hasutan, namun masih ramai yang sedar.

Kebanyakan warga Felda di empat tanah rancangan di sini menolak penganjuran himpunan itu.

“Mereka sudah membuat laporan polis berhubung perkara ini bagi mendesak pihak berkuasa menyekat himpunan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, walaupun pakatan pembangkang berterusan menyebar hasutan dan mengadakan puluhan himpunan serta demonstrasi namun beliau yakin kematangan warga Felda mampu menolak perkara itu.

Menurutnya, peneroka dan generasi kedua Felda sudah matang dan telah melihat sendiri kejayaan Felda serta pembangunan yang telah dibawa.

Katanya, tidak ada sebab warga Felda untuk menuruti ajakan pembangkang kerana mereka telah melihat sendiri kemajuan Felda yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tambah beliau, warga Felda telah melihat sendiri perkembangan positif susulan penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVF) dalam Bursa Malaysia.

UTAMAPOLITIKPembangkang mimpi mahu rampas kerusi Felda - @IdrisBakar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium